Israel dan Britain Jadikan Gaza Kilang Ujian Senjata – Yahudi Manchester

1341

Angka jualan pada November 2014 menunjukkan bahawa Britain meluluskan perdagangan penjualan senjata dengan Israel bernilai £ 7 juta, enam bulan sebelum serangan ke atas Gaza pada musim panas lalu, termasuk alat ganti pesawat ‘drone’, pesawat tempur dan helikopter.

Peranan United Kingdom (UK) dalam serangan Gaza oleh Israel pada musim panas lalu telah didedahkan oleh sebuah pergerakan ‘Orang Yahudi Manchester untuk Keadilan Palestin’, yang menulis surat terbuka dan menggesa supaya ditamatkan perjanjian senjata antara Britain dan Israel.

gaza sedih1Dalam satu laporan berita di portal Rusia Hari ini (Russi Today), surat yang ditujukan kepada Mondoweiss mendakwa bahawa pada bulan November tahun lepas, angka menunjukkan bahawa Britain telah meluluskan penjualan senjata kepada Israel bernilai £ 7 juta pada enam bulan sebelum serangan ke atas Gaza pada musim panas lalu.

Ini membawa kepada kebimbangan bahawa peralatan yang dibuat di Britain telah digunakan oleh tentera Israel semasa membunuh lebih daripada 2,000 orang rakyat Palestin semasa perang tersebut.

Ahli Parlimen Parti Buruh Katy Clark ketika itu berkata, jelas bahawa bukan sahaja UK enggan mengutuk tindakan tentera Israel sepanjang Operasi Perlindungan Edge, tetapi ia secara aktif membenarkan syarikat Inggeris mempersenjatakan tentera Israel (IDF) sepanjang konflik.

Orang Yahudi Manchester Untuk Keadilan dan Rakyat Palestin telah mengkritik hebat penglibatan Inggeris dalam jenayah perang Israel dalam surat terbuka dan menyeru boikot semua produk Israel dan memberhentikan perdagangan senjata antara UK dan Israel.

Kumpulan itu menulis surat mereka pada blog di laman Mondoweiss yang mengatakan bahawa mereka kesal dengan penglibatan UK itu.

gazaan“Kami juga kesal penglibatan di UK dalam jenayah perang Israel, pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan rumah-rumah serta kehidupan di Gaza pada musim panas lalu,”

“telah diketahui umum bagaimana Israel telah mengusir penduduk Palestin dari tanah mereka dan menggerakkan secara sistematik, penaklukan haram dan menyalahi undang-undang tentera Israel terhadap penduduk yang masih tinggal kekal. Apa yang kurang diketahui ialah bahawa UK telah membantu dan bersubahat dengan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin. “kata mereka.

Masyarakat Yahudi yang tinggal di United Kingdom menunjukkan bahawa lesen eksport UK telah diberikan sebanyak lebih £ 42 juta perkakasan tentera UK dan peralatan komunikasi sejak 2010.

“Kami bertanya, bagaimanakah syarikat-syarikat UK dibenarkan untuk mendapat keuntungan daripada mengeksport senjata atau komponen kepada Israel apabila,

gaza“ produk-produk ini mungkin terlibat dengan pengeboman Israel pada musim panas tahun 2014 yang mengorbankan lebih 2,100 orang, termasuk lebih 500 kanak-kanak,” tulis mereka lagi.

Kumpulan itu menggesa semua syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, agar tidak berdagang dengan firma yang menyokong perdagangan senjata dengan Israel.

“Kami menggesa anda untuk mendengar panggilan Palestin untuk memboikot produk Israel, penjualan dari syarikat yang menyokong Israel dan sekatan terhadap rejim Israel,” mereka membuat kesimpulan.

“UK tidak perlu bersubahat dalam jenayah jelas itu terhadap umat manusia……(tidak perlu melakukan) jenayah terhadap kaum yang kebanyakannya kanak-kanak dan pelarian,”tambah mereka