Iran memasukkan 1,000 dron “tempur strategik” yang dibangunkan dalam negara ke dalam formasi tempur divisyen tenteranya, siap siaga Hadapi sebarang kemungkinan serangan AS.
Agensi berita separa rasmi Tasnim melaporkan, dron-dron itu diedarkan kepada tentera darat, pertahanan udara, tentera laut dan udara tentera di bawah arahan ketua tentera Mejar Jeneral Amir Hatami.
Kata laporan itu pada hari Khamis.menambah dron-dron itu dibangunkan bersama oleh pakar tentera dan kementerian pertahanan untuk menangani ancaman yang semakin berkembang.
“Ia dihasilkan dengsn menggabungkan pengajaran yang dipelajari daripada “perang 12 hari” tahun lepas dengan Israel.
“Ia mampu melakukan pencerobohan, pemusnahan, peninjauan, peperangan elektronik dan menyerang sasaran tetap atau mudah alih di darat, di laut dan di udara.” kata Amir Hattami, menurut laporan tersebut.


Hatami berkata, selaras dengan ancaman masa depan, tentera telah mengutamakan pemeliharaan dan peningkatan kelebihan strategiknya untuk membolehkan operasi tempur yang pantas dan memberikan tindak balas “menghancurkan” terhadap sebarang pencerobohan.
Penghantaran itu kata laporan adalah menyusuli pengerahan kumpulan serangan yang diketuai kapal pengangkut AS awal minggu ini ke Timur Tengah.
Dalam pada itu, ketegangan antara Tehran dan Washington semakin meningkat apabila Amerika Syarikat meningkatkan retorik dan amarannya terhadap Iran.
Donald Trump berkata pada hari Rabu bahawa “armada besar-besaran”, yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat Abraham Lincoln dan lebih besar daripada yang dihantar ke Venezuela, sedang menuju ke Iran.


Beliau memberi amaran bahawa “masa semakin suntuk” untuk Tehran mencapai perjanjian dengan Washington.
Sebagai tindak balas, Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi berkata, “Angkatan tentera kita yang berani bersedia — dengan jari mereka di picu — untuk segera dan berkuasa bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan






























