Iran Dakwa Saudi Bom Kedutaanya di Yaman, Tetapi Sebaliknya

825

Agensi berita yang dikendalikan Iran melaporkan serangan udara tentera yang dipimpin Arab Saudi telah mengebom kedutaan Iran di Yaman semalam.

Sebaliknya agensi AP melaporkan tiada sebarang kerosakan yang berlakuke atas kedutaan Iran itu selepas kempen serangan udara tebaru pasukan pakatan Arab. [Gambar atas – Kedutaan Iran di Sana’a, Yaman]

Dakwaan media Iran itu adalah berikutan tindakan Saudi memutuskan hubungan dengan Iran pada hari lalu, ekoran hukuman yang dikenakan kepada seorang ulama syiah yang terkenal hujung minggu lalu.

IMG_20160108_015101Perlaksanaan hukuman kepada Nimr al-Nimr telah menyebabkan pengikut syiah di Iran dan beberapa negara Arab dan sekitar Teluk Parsi mengadakan bantahan dan demonstrasi.

Di Tehran, kedutaan Arab Saudi menjadi mangsa, dibakar dan menurut satu laporan telah ditembak dengan roket.

Dengan kejadian tersebut, menyebabkan Arab Saudi memetuskan hubungan dengan Iran dan diikuti oleh tindakan yang sama manakal beberapa negara Arab lain, mengurangkan hubungan diplomatik dengan negara Iran.

Qatar menjadi negara terbaru menyokong Arab Saudi dalam pertikaian dengan Iran, yang menarik balik dutanya dari Tehran pada hari Rabu sebagai tindak balas kepada serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi.

Jordan, Djibouti, dan Turki juga menyatakan kedudukan pro-Arab Saudi pada hari Rabu manakala Presiden Turki Tayyip Erdogan menyifatkan pelaksanaan 47 lelaki untuk tuduhan keganasan di Arab Saudi adalah ‘isu dalam negara’ Saudi.

IMG_20160108_015137Sehubungan itu, Sanaa, yang dikuasai oleh pemberontak syiah Houthi menjadi sasaran utama kempen terbaru tentera pakatan Arab.
Pegawai kerajaan Yaman telah berkata bahawa gabungan yang dipimpin Arab Saudi telah memperhebatkan serangan udara di ibu negara Yaman itu.

Sekurang-kurangnya 20 militan Houthi telah terbunuh dalam serangan sejak selasa termasuk seranagan yang dilakukan keatas istana presiden dan lapangan terbang.

Pada petang Isnin, pusat bagi orang-orang buta di Sanaa telah dibom dalam satu serangan udara, dan menurut laporan tempatan, Pusat Noor Orang Buta di daerah Safiah di Sanaa telah rosak akibat serangan terbabit.