Indonesia Teruskan Pencarian Pesawat Air Asia Yang Terputus Hubungan

910

Indonesia akan menyambung semula, sebaik terbit matahari, pencarian pesawat AirAsia yang membawa 162 orang dari bandar Indonesia Surabaya ke Singapura, yang hilang pada hari Ahad selepas juruterbang meminta perubahan dalam perjalanan untuk mengelakkan cuaca buruk.

Singapura berkata ia telah menghantar dua kapal tentera laut untuk membantu pesawat udara C130 menjejaki pesawat Airbus A320-200 yang dikendalikan oleh AirAsia Indonesia.

Malaysia pula akan menghantar tiga kapal laut dan pesawat C-130 untuk membantu dan Australia, Amerika Syarikat, Britain, Korea Selatan serta India juga menawawarkan bantuan dengan pesawat dan kapal-kapal tentera laut serta pakar dan penyelidik.

airasia grpah“Kami amat terkejut dan sedih dengan kejadian ini,

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan sepenuhnya untuk menentukan punca kejadian ini.” ,” kata Ketua Eksekutif AirAsia Indonesia Şunu Widyatmoko.

Syarikat penerbangan itu dimiliki 49 peratus syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Malaysia Air Asia.

Kumpulan AirAsia, termasuk sekutu di Thailand, Filipina dan India, tidak mengalami sebarang kemalangan sejak operasi penerbangan bajet di Malaysia bermula pada tahun 2002.

Seramai 155 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, satu orang setiap dari Singapura, Malaysia dan Britain, diatas Kapal Penerbangan QZ8501itu, manakala pembantu juruterbang adalah warga Perancis.

Pesawat itu adalah kira-kira pertengahan perjalanan antara Surabaya dan Singapura apabila ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada jam 06:17 hari Ahad (2317 GMT Sabtu), kata para pegawai Indonesia.

Ia tidak menghantar sebarang panggilan kecemasan, tambah pegawai.

Berlaku cuaca buruk ke atas pulau Belitung berdekatan laluan dan pada masa itu pesawat telah terbang pada ketinggian 32,000 kaki sebelum meminta untuk terbang pada 38,000 kaki bagi mengelakkan awan, kata Joko Muryo Atmodjo, pengarah pengangkutan udara di Kementerian Pengangkutan Indonesia.