Ikhwan Seru ‘Bangkit Dalam Pemberontakan’ Selepas Polis Mesir Bunuh 13 Anggota

852

Ikhwanul Muslimin telah memberi amaran ‘kesan serius’ selepas anggota polis Mesir membunuh anggotanya dan meminta ahli serta penyokongnya untuk ‘bangkit dalam pemberontakan’.

Polis Mesir telah menyerbu sebuah apartmen di pinggir bandar Kaherah pada hari Rabu 6 Oktober dan membunuh 13 anggota utama kumpulan itu, termasuk bekas anggota Parlimen, Nasser al-Hafy.

IMG_20150702_202633Ahli-ahli Ikhwan dilaporkan sedang bermesyuarat membincangkan untuk menaja keluarga yang menjadi tahanan apabila polis menyerbu.

Keluarga mangsa yang ditahan polis, kemudiannya dibebaskan berkata mereka yang dibunuh itu tidak bersenjata.

Kementerian Dalam Negeri Mesir bagaimanapun menuduh mereka adalah pemimpin yang menjadi pelarian, sedang merancang serangan.

Dalam satu kenyataan, pemerintah tentera Mesir berkata, penyiasat telah menjumpai senjata, wang sebanyak 43,000 pound Mesir ($ 5,300), dokumen dan kad memori dan kumpulan itu merancang serangan ke atas tentera, polis, badan kehakiman dan media.

Sebuah stesen TV Pro-Islam ‘Mekameleen TV’ berkata pemimpin telah ditahan di dalam rumah dan ‘dibunuh dengan kejam tanpa apa-apa penyiasatan atau caj’.