ICC Akan Menyiasat ‘Jenayah Perang Israel’ di Palestin

1353

Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Fatou Bensouda, telah mengumumkan beliau telah membuka siasatan awal ke atas ‘situasi di Palestin’ selepas kerajaan Palestin membuat laporan jenayah perang terhadap Israel.

ICC yang membuat pengumuman itu di laman webnya pada hari Jumaat seminggu selepas Pihak Berkuasa Palestin meminta ICC menyiasat jenayah perang telah dilakukan oleh Pasukan Pertahanan Israel dalam Operasi Perlindungan ‘The Edge’ yang dilancarkan pada bulan Julai lalu.

gazzeLebih 2,200 penduduk Gaza,kebanyakannya orang awam terkorban dalam serangan rejim tersebut.

Keputusan Bensouda datang selepas kerajaan Palestin bersetuju dengan Statut Rom pada Jan 2, dan mahkamah menerima bidang kuasa ke atas jenayah yang didakwa dilakukan dalam ‘wilayah Palestin yang diduduki’, termasuk Jerusalem Timur, sejak 13 Jun 2014.

Keputusan itu juga dibuat sehari selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah dalam ‘usaha tidak menentu’ untuk menutup jenayah yang dilakukannya semasa serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza.

Jurucakap Erdogan Ibrahim Kalin berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis, Perdana Menteri rejim itu telah mengutuk ucapan presiden Turki pada 14 Januari dan cuba untuk menutup jenayah yang dilakukannya di Gaza

Menurutnya ia adalah satu keadaan yang memalukan dan hipokrit untuk umat manusia.