Hulu Terengganu Hantar 64 Petugas Bantu Kempen PN di DUN Sungai Balang

32
Petugas DUN Kuala Berang, Hulu Terengganu manziarahi penduduk DUN Sungaii Balang

HULU TERENGGANU – PAS Kawasan Hulu Terengganu menggerakkan seramai 64 petugas ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi empat gelombang bermula 26 Jun hingga 12 Julai ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Maliaman Kassim berkata, setiap DUN di kawasan itu menghantar kira-kira 16 petugas, menjadikan keseluruhan 64 orang yang akan bertugas secara bergilir.

.

“Gelombang pertama melibatkan petugas dari DUN Kuala Berang bermula 26 hingga 30 Jun, diikuti DUN Telemong (30 Jun hingga 4 Julai), DUN Ajil (4 hingga 8 Julai) dan DUN Manir (8 hingga 12 Julai),” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, penyusunan secara berfasa itu bertujuan memastikan gerak kerja kempen di DUN Sungai Balang berjalan lancar sepanjang tempoh berkempen, di samping membolehkan jentera terus berada di lapangan tanpa terputus.

Justeru itu, beliau turut menyeru semua petugas supaya terus bekerja bersungguh-sungguh, mengekalkan semangat perjuangan dan memperkukuh keyakinan pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN).

“Harapan saya ialah teruskan bekerja, teruskan berjuang, kekalkan keyakinan dan tetap undi PN,” tambah Maliaman.