Hukuman Penjara 25 Tahun Badie, Sebelum Dengar Saksi

751

Sebuah mahkamah Mesir akhirnya menjatuhkan hukuman selama 25 tahun kepada Mohamed Badie, Pemimpin Ikhwan Muslimin dan 14 orang yang lain atas tuduhan pembunuhan dan menghasut keganasan.

Pada sesi hari Isnin telah ditetapkan untuk mahkamah mendengar kenyataan saksi, tetapi hakim mengeluarkan keputusan sebelum sebarang kenyataan yang didengar.

Dengan itu, Badie 71 tahun antara pemimpin tertinggi Ikhwan yang ditangkap dan dijatuhi hukuman ole pemerintah ‘Kudeta’ Mesir.

Selain beliau adalah Essam al- Erian dan Mohamed al- Beltagy.

Badie pada awalnya telah dijatuhkan hukuman mati, namun kemudian diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup.

Pada bulan Mac, hukuman mati ke atas Badie mencetuskan bantahan antarabangsa apabila 529 orang penyokong Presiden Morsi penyokong turut menerima hukuman serupa.

Hakim seterusnya mengekalkan 37 mereka terus menghadapi huuman mati meringankan yang lain untuk penjara seumur hidup.

Hukuman tersebut merpakan tindakan keras pemerintah terhadap penyokong Morsi sejak penyingkirannya telah mengakibatkan sekurang- kurangnya 1, 400 orang mati dan 15, 000 dipenjara.