Hukuman mati yang dijatuhkan oleh hakim-hakim ‘rampasan kuasa tentera’ yang khianat dan bersubahat dalam pertumpahan darah rakyat Mesir tidak sedikit menakutkan para pejuang.
Jurucakap Ikhwan Muslimin, Eman Mahmoud berkata, bahkan golongan belia yang bersemangat patriotik akan terus bangkit memberontak demi tanah air.
“mereka tidak akan takut dalam meneruskan perjuangan dan tidak akan berhenti dalam revolusi ini,
“mereka menumpukan hidup mereka kepada Allah, dan ingin untuk mati syahid, jiwa mereka yang bercita-cita untuk mendapat berkat dari Tuhan, sabar, dan yakin kemenangan tidak dapat dielakkan, tidak lama lagi,”ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ketika mengulas hukuman mati yang dijatuhkan keatas tujuh lelaki muda di wilayah Kafr el-Sheikh.
Sehubungan itu, beliau dengan tegas berkata, Ikhwan Muslimin menolak sebarang fatwa yang dikeluarkan oleh sistem keadilan yang ‘rosak dan dipolitikkan’.
“Mana-mana peruntukan atau fatwa adalah tidak sah dan batal, yang dikeluarkan oleh sistem keadilan yang rosak dan dipolitikkan,
“dan (kerana) hakim-hakim telah menjual dirinya kepada syaitan,”jelasnya
Katanya, Ikhwan Muslimin, ia tidak akan bertolak ansur dengan darah orang-orang yang mati syahid atau cedera, atau atas hak-hak tahanan, mereka yang telah dizalimi oleh kerajaan rampasan kuasa al-Sisi.
“Kami akan menggulingkan rejim rampasan kuasa rasuah tidak sah taraf dan tahan penjenayah bertanggungjawab atas semua.
“Kami akan merampas hak-hak kembali kepada rakyat, insya Allah,”tambah beliau.