Hukuman Mati Muhammad Badie Disahkan

1018

Seorang hakim mahkamah Mesir telah mengesahkan hukuman mati yang dijatuhkankan kepada Muhammad Badie, pemimpin Ikhwanul Muslimin kini diharamkan, dan 13 ahli Ikhwan yang lain kerana dakwaan menghasut huru-hara dan keganasan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman ke atas warganegara dua kerakyatan AS dan Mesir Mohamed Soltan, penjara seumur hidup kerana didakwa menyokong kumpulan Ikhwan dan menghantar berita palsu.

rabaa1Beliau adalah anak kepada pendakwa Ikhwan Salah Soltan, yang merupakan antara yang dihukum mati pada hari Sabtu.

Mahkamah juga menghukum 25 defendan lain, termasuk aktivis Mesir-Amerika Mohamed Sultan, dengan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membentuk apa yang kemudian dikenali sebagai ‘Bilik Gerakan Rabaa’ semasa bantahan menyokong Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan.

Defendan dituduh mendalangi plot untuk menyemai huru-hara dan keganasan serta membakar balai polis, institusi negeri, harta awam dan swasta serta gereja-gereja.

Pendakwa juga menuduh defendan daripada menyelaraskan dengan e-jawatankuasa untuk menyebarkan imej orang terbunuh dan penunjuk perasaan cedera.

Namun begitu, Hukuman pada hari Sabtu itu masih tertakluk kepada rayuan.

Ribuan terbunuh apabila pasukan keselamatan dengan ganas menyerang untuk membunarkan dua kem bantahan pro-Morsi di dataran Rabaa al-Adawiya Kaherah dan dataran Nahda di Giza pada tahun lepas.

Tindakan ganas pasukan keselamatan Mesir berlaku selepas beberapa minggu Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara bebas, telah digulingkan daripada jawatan oleh tentera yang diketuai Abdul Fattah al-Sisi berikutan demonstrasi besar-besaran pembangkang yang dirancang terhadap presiden Mesir itu.

Kerajaan Mesir kemudiannya melancarkan tindakan keras terhadap penyokong Morsi, di mana penyebaran Rabaa secara meluas dilihat sebagai suatu titik perubahan.

Bilik Gerakan Rabaa

rabaa4Mohamed Abdel-Mawgod, salah seorang peguambela, mengutuk hukuman dengan menegaskan mahkamah tidak mentajuhtkan hukuman dengan adil.

“mahkamah tidak membezakan antara defendan dan meletakkan mereka semua dalam bakul yang sama,” katanya kepada pemberita di bangunan mahkamah.

Sedangkan tiada defendan yang hadir semasa perbicaraan.

Badie adalah Mutrsyidul Am al-Ikhwan dan telah dihukum mati dan penjara seumur hidup dalam tuduhan-tuduhan lain yang dibicarakan.

Timbalannya Khairat El-Shater telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada hari Sabtu.

Kes Sabtu lalu telah dikenali oleh media tempatan sebagai ‘perbicaraan Bilik Gerakan Rabaa’.

Ia adalah merujuk kepada bantahan ‘duduk dan diam’ di dataran Rabaa pada tahun 2013 di mana ribuan orang memprotes rampasan kuasa tentera terbunuh apabila pasukan keselamatan cuba untuk mengosongkan kawasan itu dengan kekerasan.

Kumpulan hak asasi manusia berkata Mesir kini retak dengan semua perbezaan pendapat manakala ketua rampasan kuasa, al-Sisi berkata kestabilan diperlukan untuk memulihkan ekonomi Mesir yang berkecai.

Pejuang hak asasi, menurut laporan al-Jazeera, telah mengkritik keputusan AS untuk menamatkan pembekuan bantuan ketenteraan ke Kaherah dan berkata Washington tidak meletakkan hak asasi manusia sebagai keutamaan.

Amerika Syarikat telah mengatakan keputusan untuk menamatkan pembekuan itu adalah demi kepentingan keselamatan negara?