Hukuman Mati Morsi; Masyarakat Antarabangsa Mengecam Mesir

716

Mesir menghadapi kritikan antarabangsa selepas ia mengekalkan hukuman mati terhadap Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan, dengan sekutu tenteranya Amerika Syarikat, menyifatkan hukuman itu “sangat mengganggu” dan “bermotifkan politik”.

Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan, dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan fatwa terhadap Morsi dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin sebagai “pembunuhan beramai-ramai daripada undang-undang dan hak asasi”.

Kenyataan-kenyataan tersebut dikeluarkan selepas mahkamah Kaherah pada Selasa mengekalkan hukuman mati ke atas Morsi atas dakwaan memecah keluar penjara dan serangan ke atas polis semasa revolusi 2011.

Musyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohamed Badie, dan empat pemimpin Ikhwan yang lain juga dikenakan hukuman mati. Lebih daripada 90 orang lain telah dihukum mati tanpa hadir.

mohd badie dll“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah menentang terhadap perlaksanaan hukuman mati dalam semua keadaan,”

“Setiausaha Agung PBB bimbang hukuman itu yang dijatuhkan selepas perbicaraan besar-besaran, mungkin mempunyai kesan negatif ke atas prospek kestabilan jangka panjang di Mesir,”kata pejabat akhbar ketua PBB Ban Ki-moon.

Erdogan meminta masyarakat antarabangsa untuk memaksa Mesir, menarik balik hukuman tersebut.

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak supaya Mesir menarik balik hukuman mati, yang dijatuhkan di bawah arahan rejim rampasan kuasa, dan menamatkan jalan ini (itu) yang serius boleh membahayakan keamanan masyarakat Mesir,” katanya.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Morsi dan lebih daripada 100 defendan lain pada bulan lepas.

Sehubungan itu, Ikhwanul Muslimin menyelar perbicaraan yang “palsu” itu dan menggesa rakyat Mesir untuk keluar bagi “pemberontakan popular” pada hari Jumaat.

Penyokong gerakan Islam itu telah turun ke jalan-jalan di Kaherah tidak lama selepas mahkamah menyampaikan keputusan, dan juga di bandar-bandar di luar Mesir, London dan Istanbul.

Keputusan pada Selasa dibuat selepas mahkamah berunding dengan mufti besar Mesir, penterjemah kerajaan bagi undang-undang Islam, yang memainkan peranan sebagai penasihat.

Terdahulu pada hari Selasa, mahkamah yang sama menghukum Morsi, presiden pertama yang dipilih secara demokrasi di negara itu, penjara seumur hidup atas tuduhan mengintip untuk pergerakan Hamas Palestin, Hizbullah Lubnan dan Iran.

Fatwa boleh dirayu

Bekas Ketua tentera dan kini Presiden Abdel Fattah el-Sisi tekah menggulingkan Morsi pada 3 Julai 2013, dan sejak itu telah menyelia tindakan keras terhadap penyokong Morsi.

Tindakan keras itu telah menneyebabkan ribuan penyokong Ikhwanul Muslimin yang mati dan beribu-ribu lagi dipenjarakan.

penyokong ikhwanBeratus-ratus telah dijatuhi hukuman mati selepas perbicaraan massa ‘cepat kilat’ yang disifatkan oleh PBB sebagai “belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah”.

Dalam perbicaraan ‘memcah keluar panjara’itu, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi juga telah dihukum mati tanpa hadir.

Jurucakap Parti Kebebasan dan Keadilan Mesir, Nader Oman berkata, organisasi beliau terkejut dengan keputusan semalam.

“Saya terkejut kerana tuduhan itu adalah tidak berasas dan tidak ada peluang bagi mana-mana defendan untuk membela diri,” kata Oman.

“Ikhwanul Muslimin adalah sebuah organisasi yang telah berlanjutan selama lebih daripada 80 tahun. Memenjarakan mana-mana pemimpinnya tidak akan menghalang kita daripada berjuang.”tambahnya