Hubungan Sama Jenis; Kerajaan Perlu Teliti Kelompangan Undang-undang

77

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menggesa kerajaan meneliti kelompangan yang ada berkait kes hubungan seks sesame jenis dan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Ketuanya, YB Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahaya berkata, sebagai orang Islam kita tidak wajar membiarkan seks songsang dan pengaruh LGBTQ sebegini terus dibiarkan berleluasa dan dinormalisasi tanpa sedar.

“Kita wajar bertindak tegas dengan pelbagai langkah bagi membendung gejala songsang ini daripada terus berleluasa.

“Usah biarkan negara runtuh di sebalik anai-anai yang memakan kayu. Ketika itu kita hanya sedar ketika runtuhan tersebut sudah pun berlaku, na’uzubillahi min zalik (jauhkanlah daripada perkara ini),” jelasnya katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menzahirkan rasa bimbang dengan perkembangan kes melibatkan pelakuan songsang khususnya kegiatan sesama janina dengan lelaki (Men Sex With Men-MSM) yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Katanya, kebimbangan tersebut dikukuhkan lagi dengan Laporan Global AIDS Monitoring Malaysia 2024 yang mendedahkan bahawa perkembangan HIV di Malaysia dekad ini tidak lagi disumbang oleh perkongsian jarum suntikan sepertimana yang berlaku dalam era 1990-an, tetapi menurut beliau, kegiatan seks songsang atau secara tepatnya, MSM menjadi faktor.

“Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa kelewatan mengemukakan permohonan reman menyebabkan hampir kesemua pelaku tersebut di bebaskan menunjukkan kelompangan undang-undang dalam menangani kes sebegini.

“Ia tidak terhenti kepada persoalan hukuman berbentuk punitif yang efektif semata-mata, tetapi juga prosedur pendakwaah yang memerlukan pindaan dan penambahbaikan daripada pihak berkuasa,” tambah beliau.

Menurutnya, DUPP juga turut menegaskan bahawa apa yang berlaku itu juga adalah impak daripada duluan Kes Iki Putra dan diikuti dengan Kes Nik Elin beberapa tahun lalu.

“Pihak yang tegas mempertahankan kesemua undang-undang ini harus ditangani dengan Mahkamah di Peringkat Persekutuan (Mahkamah Sivil) hari ini sekadar melihat betapa undang-undang yang ada meninggalkan sisi-sisi kelampongan yang jelas.

“Ia menyerlahkan sebab yang sebenar Mengapa kes ini di perjuangkan kelompok liberal suatu masa dahulu,” tegasnya.

Jelas beliau, dalam perkara seumpama ini sewajarnya Mahkamah Syariah diberikan kuasa untuk mengadili kerana ia merupakan suatu jenayah berat dalam undang-undang Islam.

“Malangnya peruntukan di Mahkamah Syariah bagi kegiatan songsang ini dicabar dalam Kes Iki Putra dan Nik Elin.

“Adakah umat Islam sedar akan hakikat yang sedang berlaku?

“Kebejatan moral yang parah dibendung atas alasan bidang kuasa sivil semata-mata sehingga menenggelamkan sisi sebenar daripada perspektif agama yang diperteguhkan dalam mahkamah syariah,” ujar beliau lagi.