Militan pemberontak Houthi berundur dari kedudukan mereka di tengah Aden pada waktu subuh hari Khamis selepas serangan udara berterusan dari pakatan tentera yang dipimpin Arab Saudi.
Penduduk kota pelabuhan Yaman selatan berkata, satu unit militant Houthi dan pasukan yang bersekutu dengannya yang telah mara melalui daerah Khor Maksar Aden 24 jam sebelumnya, turut berundur, walaupun mereka kekal di bahagian-bahagian kawasan itu.


Beliau berkata, pihak Persatuan Pelajar Malaysia memberitahu, Kedutaan Malaysia di Yaman telah menangguhkan rancangan untuk menggerakkan para pelajar melalui jalan darat ke negara Arab Saudi.
Ia adalah ekoran, negara yang kaya minyak itu tidak memberikan perlepasan untuk penggunaan ruang udaranya bagi membawa para pelajar pulang ke tanah air.
“tak jadi bertolak (melalui jalan darat ke Arab Saudi) hari ini, kerana Arab Saudi tidak beri perlepasan guna (ruang) udaranya,
“mesyuarat Persatuan Pelajar tadi (semalam 1 April) telah dimaklumkan oleh pihak kedutaan,”katanya.


Satu keputusan telah disampaikan kepada para pelajar sebagai arahan dari Wisma Putra di Malaysia supaya semua rakyat Malaysia di Yaman di bawa pulang.
Oleh kerana keadaan lapangan terbang Sana’a yang masih ditutup dan serangan udara dari Pakatan Saudi, pihak kedutaan berusaha untuk membawa keluar rakyat Malaysia melalui jalan darat ke Arab Saudi.
Namun, faktor keselamatan masih belum mengizinkan perjalanan pulang rakyat Malaysia itu, walaupun semua persiapan telah dibuat.
Para pelajar dan rakyat Malaysia di negara tersebut telah diberikan taklimat agar mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk tidak keluar dari kediaman mereka tanpa sebarang keperluan.



























