Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan kira-kira 130 cedera apabila kebakaran berlaku di sebuah hotel penuh dengan jemaah yang mengerjakan umrah di Madinah, Arab Saudi.


Al-Bawaba Nayouz laman web berita memetik seorang pegawai Bulan Sabit Merah sebagai berkata mangsa yang meninggal dunia semuanya adalah jemaah yang berasal dari negara Mesir.
“Api tersebut mengakibatkan kematian 15 … disebabkan oleh pengsan, tercekik, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan. Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran,”kata Mohammed Mahmoud Kheyat, jurucakap Arab Bulan Sabit Merah di Madinah.


Seorang pekerja kedutaan Mesir di Jeddah, Ahmad Zaki, memberitahu akhbar al-Youm Sabaa bahawa terdapat “berpuluh-puluh orang Mesir” di kalangan yang cedera dan terbunuh.
Zaki berkata kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu dilaporkan menjadi punca kepada kebakaran.
Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman, berkata kerajaan akan menyiasat kejadian tersebut.





























