Kereta-kereta kebal ‘laknatullah’ Israel telah mengebom sebuah hospital di Pusat Jalur Gaza, membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 yang lain.
Al Jazeera melaporkan dari Gaza, sekurang-kurang tiga bedilan dari kereta kebal rejim telah meledak di tingkat tiga Hospital al-Aqsa di Dar al-Balah.
Hospital itu adalah yang ketiga yang telah dibedil kereta kebal rejim zionis sejak negara haram itu melancarkan serangan darat ke atas Gaza empat hari lalu.
‘Rumah sakit’ itu adalah merupakan kawasan tumpuan orang awam yang merasakan ianya adalah tempat selamat untuk berlindung.
Hospital awam yang diuruskan oleh kerajaan sejak lama dulu, kini menjadi ‘kuburan’ apabila rejim Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Jerman, membedilnya.
“Kami tidak boleh berbuat apa-apa di sini untuk pesakit kami, semua pesakit, semua yang tercedera di jabatan kecemasan.”kata seorang doktor dalam keadaan yang amat tertekan.
Mark Regev, Jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dengan angkuh berkata “Anda dibenarkan untuk membedil sasaran di mana [Hamas] jentera perang mereka menggunakannya untuk menyembunyikan roket.”
Sedangkan tidak ada sebarang petunjuk yang dapat dibuktikan bahawa hospital telah digunakan oleh pihak pejuang bersenjata Hamas.
“Saya tidak ragu-ragu menggunakan Hamas, anda telah digunakan dan Terus untuk digunakan, hospital … kita tidak mensasarkan Orang awam,” kata Regev menambah.
Bagaimanapun, Dr Medhat Abbas, pengarah hospital al-Aqsa, berkata sebarang dakwaan Israel yang mengatakan Hamas telah menggunakan hospital “adalah satu pembohongan besar”.


Katanya, pihak beliau bersedia untuk apa-apa pemeriksaan.
“Mana-mana organisasi antarabangsa boleh datang dan memastikan kita mempunyai apa-apa di hospital kami. Mereka adalah pembohong profesional dan pembunuh.”ujar Dr Medhat lagi
Beliau berkata hospital itu merancang untuk memindahkan baki pesakit tetapi tiada lagi tempat selamat untuk mereka tuju.
“Hospital tidak selamat di Gaza. Jika kita memindahkan mereka, tidak ada hospital selamat di Gaza.”
Pegawai dari Hospital el-Wafa, Basman Elashi berkata, beliau dapat mendengar serangan yang amat berat daripada kawasan berhampiran hospital.
Hospital el-Wafa adalah satu lagi hospital yang telah dibom tentera rejim pada hari Khamis.
“Kami tidak ada tempat untuk bersembunyi tiada tempat untuk kanak-kanak dan wanita Mereka tidak berperikemanusiaan Mereka bertindak seperti haiwan. Mereka menyasarkan setiap rumah dan keluarga di Gaza,” kata Basman Elashi.




























