TAWAU – Pemerhatian dan dapatan daripada lawatan kepada hampir seluruh kampung dalam kawasan DUN Merotai, menunjukkan masih banyak isu kebajikan yang terlepas pandang oleh kerajaan sebelum ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) N.72 Merotai, Hasan Haris berkata, ramai yayak menerima Bantuan tetapi dinafikan.
“Banyak kes ibu tunggal, anak yatim dan golongan orang kurang upaya yang tercicir daripada bantuan. Ini sangat menyedihkan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap Dalam ceramah kelompok Di Kampung Simpang Tiga, Merotai.
Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap kes pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran kerana kekangan kewangan dan kegagalan sistem menyampaikan bantuan kepada golongan sasar.
“Saya jumpa anak-anak yang tercicir pendidikan. Bagi saya, kalau anak tak dapat sambung belajar, itu satu kerugian besar kepada keluarga dan masa depan mereka,


“banyak saluran bantuan pendidikan wujud seperti melalui Jabatan Zakat, Yayasan Sabah dan agensi lain, namun kelemahan akses menyebabkan ramai penduduk tidak mendapat manfaat.” jelasnya.
Hasan menegaskan beliau bukan calon yang menjanjikan bulan dan bintang, sebaliknya hanya akan laksanakan yang termampu mungkin jika diberikan mandat oleh rakyat Merotai pada 29 November ini.
“Saya tidak datang bawa janji yang manis . Tapi saya berjanji akan bantu sedaya upaya saya, insya-Allah,” ujarnya lagi.


Ceramah petang itu turut dihadiri oleh Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Tan Sri Annuar Musa dan ADUN Ladang, Terengganu, YB Zuraida Md Noor.
Justeru, beliau merayu kepada semua pengundi DUN Merotai agar memberikan peluang kepada Perikatan Nasional dan memilih calon No. 2 demi masa depan yang lebih sejahtera.





























