Hari Hijab Terengganu (Terengganu Hijab Day)

107

Hari Hijab Terengganu adalah program dan kempen sosial-agama yang dianjurkan di negeri Terengganu khususnya dibawah Urus Setia Wanita (UsWa) untuk menggalakkan pemakaian hijab yang sempurna menurut syariat Islam dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan aurat wanita Muslimah.

Program ini biasanya diadakan setiap tahun di Terengganu dan sering dikaitkan serta disambut bersempena dengan World Hijab Day Hari Hijab Sedunia (World Hijab Day)

Hari Hijab Sedunia disambut setiap 1 Februari dan diraikan di lebih 190 negara.

Ia diasaskan pada 2013 oleh Nazma Khan (New York) tercetus daripada pengalaman diskriminasi dan ‘stereotaip’ terhadap wanita berhijab.

Tujuan awal adalah Untuk beri peluang wanita bukan Islam mencuba hijab sehari untuk faham realiti sebenar.

Tujuan utama penganjuranya adalah menghapuskan salah faham terhadap hija, mempertahankan hak wanita memilih berpakaian, mempromosi toleransi dan kebebasan beragama serta menolak Islamofobia dan diskriminasi gender.

Hijab Dalam Islam

Isu berhijab sering menjadi polemik dalam masyarakat Islam kontemporari. Ada yang melihatnya sebagai lambang ketinggalan zaman, ada pula yang menganggapnya sekadar pilihan peribadi.

Hakikatnya, dalam kerangka ajaran Islam yang sahih, hijab bukan isu budaya, bukan simbol politik, dan bukan ciptaan ulama mutakhir, sebaliknya ia adalah perintah langsung daripada Allah SWT yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

Hijab dalam al-Quran, satu perintah yang Jelas dinyatakan secara nyata dalam firman Allah SWT dalam Surah an-Nur ayat 31:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Katakanlah kepada para perempuan yang beriman hendaklah mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (bagian tubuhnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. Hendaklah pula mereka tidak menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putra-putra mereka, putra-putra suami mereka, saudara-saudara laki-laki mereka, putra-putra saudara laki-laki mereka, putra-putra saudara perempuan mereka, para perempuan (sesama muslim), hamba sahaya yang mereka miliki, para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Hendaklah pula mereka tidak mengentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Bertobatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.” AnNur : 31

Hijab ialah perintah syarak, bukan simbol penindasan
Ia melambangkan, maruah, kesopanan dan ketaatan kepada Allah.

Hijab dipakai atas pilihan iman, bukan paksaan

Hari Hijab Sedunia Di Malaysia disambut melalui program kesedaran, Forum wanita dan agama, empen media sosial.

Namun perlu diingat Hijab bukan sekadar budaya bahkan pemakaiannya adalah ibadah.


Pelbagai Program Sempena Hari Hijab

Hari Hijab Terengganu adalah sambutan rasmi, program kerajaan negeri Dan ia disambut beberapa minggu selepas 1 Februari.

Lokasi dan aturcara mungkin berbeza setiap tahun (ada di peringkat daerah, ada acara utama di bandar utama, mengijut kepada objektif yang mahu dicapai.

Terengganu Hijab Day 2023 diadakan pada 20 Februari 2023 di Dewan Perdana, Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus.

Terengganu Hijab Day 2024 dijalankan dalam bentuk program di semua daerah Terengganu bermula 3 Februari hingga 19 Februari 2024 sebagai kempen kesedaran aurat wanita Muslimah

Terengganu Hijab Day 2025 turut dijadualkan padai 20 Februari 2025 di Laman Payang, Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Sambutan Terengganu Hijab Day 2026 pula akan diadakan di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak pada jam 8.00 pagi, hari Khamis 12 Februari 2026.

Jadi tarikh sambutan bukan tetap pada 1 Februari setiap tahun, tetapi ianya dirangka berhampiran dengan sambutan World Hijab Day dan pelbagai program diadakan mengikut kalender negeri.

Tujuan sambutan dan program ini dirangka untuk menggalakkan pemakaian hijab yang sempurna mengikut syariat Islam.

Selain itu ia juga disambut untuk meningkatkan kesedaran keluarga dan masyarakat terhadap aurat serta tanggungjawab penjagaan aurat ahli keluarga Muslimah.

Ia juga memberi ruang dakwah dan pendidikan tentang nilai hijab dan ‘dress code’ Islam

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) serta NGO dan kumpulan dakwah tempatan, bersama bergandibg bahu menjayakannya.

Kadang kala diserikan dengan jemputan tokoh agama untuk ceramah atau ‘talk show’.

Sambutan Hari Hijab mahupun di peringkat Nasional Dan negeri memberi impak dan kepentingan sosial.

Sambutan ini bukan sekadar “hari bertudung” sahaja, tetapi cuba memupuk kesedaran diri dan keluarga, menggalakkan kekal berhijab sepanjang masa.

Sambutan Hai Hijab juga menerap kefahaman nilai hijab sebagai simbol ketaqwaan dan maruah Muslimah .

Selain program utama, terdapat juga aktiviti sokongan seperti ceramah, street dakwah, kuiz, dan edaran maklumat kepada masyarakat.