Haramkan Puasa Ramadhan; China Isytihar Perang Kepada Islam Dan Umat

1673

Kongres Uighur Sedunia telah menyifatkan larangan berpuasa yang dikuatkuasakan oleh pemerintah China keatas Xinjiang sebagai satu ‘perang yang tidak dinamakan terhadap Islam dan umat Islam’.

“Malangnya dunia masih berdiam diri,” kata Naib Presiden Kongres Seyit Tumturk kepada agensi berita Anadolu.

seyit-tumturkKatanya, tindakan mengawal ‘puasa’ yang ketara pada tahun ini bukanlah kes yang pertama.

“Ia adalah sama pada tahun lepas (bahkan) sekitar 3000 Uighur telah dibunuh pada hari pertama Ramadan ketika mereka turun ke jalan membantah larangan itu.”tegasnya

Beliau menuduh China mencabar dunia dengan “pembunuhan beramai-ramai” dan “tekanan psikologi” kepada rakyat Turkistan Timur.

“China telah menjalankan dasar asimilasi yang sistematik untuk 66 tahun, apabila ia menyerang Turkistan Timur,” kata Seyit Tumturk, sambil menambah bahawa Beijing telah menindas Uighur selama beberapa dekad, menghalang mereka mengamalkan agama dan budaya mereka, sementara dunia terus berdiam diri.

Beliau mengkritik Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tidak bertindak terhadap “kekejaman China.”beer drinking uighur

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama di wilayah itu, seorang wanita etnik Uighur yang ditahan oleh polis China pada bulan Februari telah meninggal dunia dalam tahanan polis.

Wanita itu, ketika cuba melarikan diri dari negara tersebut untuk menyertai suaminya di Turki telah ditangkap dan ditahan sehingga menghembuskan nafasnya dalam jagaan pihak berkuasa China.

Tursungul, 32, yang telah digambarkan sebagai sihat sebelum ditahan, meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke balai polis bandar Shaptol di Kashgar.

“Beliau meninggal dunia dalam masa seminggu dan telah dikebumikan di suatu tempat oleh polis,” kata lelaki yang telah berjaya melarikan diri ke Turki dengan suami Tursungul beberapa kali sebelum ini.

“Pihak berkuasa memberitahu saudara bahawa dia telah meninggal dunia secara tiba-tiba disebabkan oleh kegagalan jantung,” katanya.

Dengan harapan untuk bersatu semula dengan suaminya, yang telah pergi mendahului beliau ke Turki, Tursungul telah mengembara ke selatan China dengan anak perempuan dan bayi lelaki.uighur dies in prison

Menurut sumber RFA yang merahsiakan identiti pemberi maklumat, mereka bersembunyi dari satu tempat ke satu tempat lain, memerhati peluang untuk menyeberangi sempadan.

Tursungul ditahan polis pada bulan Februari di kawasan yang bersempadan dengan wilayah Guangdong di selatan China.

Menurut sumber itu lagi, selepas ditahan dan disoal selama kira-kira sebulan, dia telah dibawa ke kampung halaman beliau di Shaptol oleh pegawai-pegawai polis.

“Dia meninggal dunia begitu muda,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa suaminya tidak menerima maklumat mengenai nasib anak-anak mereka daripada sumber-sumber di Xinjiang.

“Kita tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau tidak,” katanya.pejuang uighur

Anak pasangan itu yang berusia 16 tahun turut ditahan polis di Shaptol pada bulan Januari dan juga hilang.

Walaupun berita kematian Tursungul telah mula-mula diterima pada bulan Mac, laporan kes itu secara ringkas ditangguhkan kerana kebimbangan faktor keselamatan.

Pegawai Balai Polis Shaptol dan pihak berkuasa tempatan yang lain enggan bercakap mengenai kes tersebut, ketika dihubungi pihak media.