Ketua Hamas di Gaza pada hari Jumaat menyifatkan keganasan yang telah melanda Tebing Barat dan dikawasan timur Baitulmaqdis, yang berlaku sejak beberapa hari adalah satu ‘intifadah’.
Beliau menggesa seluruh warga Palestin mengukuhkan kedudukan dan meningkatkan penentangan terhadap Israel.
“Kami menyeru untuk pengukuhan dan meningkatkan intifada ……….. Ia adalah satu-satunya jalan yang akan membawa kepada pembebasan (Palestin),” kata Ismail Haniyeh semasa menyampaikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di bandaraya Gaza.
“Gaza akan memenuhi peranannya dalam intifadah (yang berlaku) di Baitumaqdis dan ia adalah lebih daripada bersedia untuk konfrontasi,”tegasnya.
Hamas memerintah Gaza, wilayah Palestin yang dihimpit antara Mesir dan Israel dan dipisahkan dari Tebing Barat dan jauh berbeza dari Fatah, yang diketuai Presiden Palestin, Mahmud Abbas.
Gaza telah menjadi tapak tiga perang dengan Israel sejak tahun 2008, tetapi ia kekal terutamanya, dan ‘tenang’ di tengah-tengah pergolakan baru-baru ini di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.
Walau bagaimanapun, perarakan kira-kira 300 orang pada hari Jumaat berhampiran sempadan dengan Israel telah mengakibatkan 6 terkorban dan berpuluh-puluh tercedera dalam kes berasingan.


Empat hari yang lalu, bekas Menteri Luar Palestin Mahmoud al-Zahar, membuat seruan yang sama menggesa warga Palestin bangkit melakukan ‘intifadah kali ketiga’ menentang rejim Israel.
Al-Zahar dalam kenyataannya yang disiarkan laman sesawang Hamas berkata ‘Intifada’ merupakan satu-satunya cara untuk melindungi Masjid Al-Aqsa dari keganasan Israel.
Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diketuai Mahmoud Abas bagaimanapun, enggan secara terbuka meminta rakyat bangkit dengan ‘intifada’ baru, walaupun kepimpinan mereka terus mewajarkan tindakan warga Tebing Barat menentang keganasan di perkarangan al-Aqsa.
Dalam perkembangan terbaru, sebuah roket yang dilancarkan dari Gaza melanda selatan Israel awal pada hari Sabtu, tanpa menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
Juga pada pagi Sabtu, seorang warga Palestin telah ditembak mati oleh tentera Israel di pusat pemeriksaan Shuafat di Timur Baitulmuqaddis.
Enam rakyat Palestin telah ditembak mati dan berpuluh-puluh lagi cedera ditembak tentera Israel ketika beratus-ratus pejuang Gaza menunjukkan sokongan mereka terhadap saudara-saudara mereka di Baitulmaqdis.
Antara yang terbunuh dalam tunjuk perasaan itu ialah seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang telah ditembak semasa demonstrasi yang lain di kampung al-Faraheen, tenggara Bandar Gaza.
Tentera Israel sebagaiamana biasa, mendakwa terdapat ‘pelbagai percubaan ganas untuk menyerbu pagar sempadan’ dan mendakwa ‘1000 perusuh menyusup zon penampan’ melempar bom tangan, batu-batu dan membakar tayar kearah askar mereka.





























