Hamas, Jihad Islam Sambut Baik Resolusi PBB

1331

Kedua-dua pergerakan Hamas dan Jihad Islam mengalu-alukan undi di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Jumaat yang mengutuk aktiviti penempatan haram Israel dan menggesa rejim itu menghentikan semua pembangunan dalam wilayah Palestin.

Pemimpin kanan Hamas, Mushir al-Masri memberitahu pemberita bahawa pergerakan Hamas menyambut baik undi negara-negara anggota Majlis Keselamatan memihak kepada resolusi itu.

Beliau menambah Hamas percaya bahawa resolusi itu dengan jelas menegaskan penolakan dunia keatas dasar Israel.

long range Hamas rocket“Hamas mengalu-alukan undi memihak kepada resolusi dan mengalu-alukan perubahan positif,

“dalam kedudukan antarabangsa yang menyokong hak rakyat Palestin di agensi-agensi antarabangsa,”ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Jihad Islam Dawood Shihab berkata dalam satu kenyataan akhbar melalui e-mel, menyifatkan undi tersebut sangat menggalakkan .

“memihak kepada resolusi adalah kutukan yang jelas tentang dasar pendudukan (Israel) dan pencerobohan terhadap rakyat Palestin. Ia adalah kemenangan Palestin,”jelas beliau.

Majlis Keselamatan PBB menerima pakai resolusi yang mengutuk pembinaan penempatan Israel di wilayah Palestin dan menggesa Israel menghentikannya.

Sebanyak 14 undi menyokong dan satu menolak dengan Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi, namun tidak menggunaka kuasa veto untuk membatalkan resolusi.