“Hamas Bukan Pengganas,”kata Timbalan Speaker Knesset (Parlimen Israel)

837

Ahli Parlimen Israel yang telah berkhidmat sejak tahun 1999 Dr. Ahmad Tibi menegaskan bahawa pergerakan Hamas yang menguasai jalur Gaza bukan sebuah organisasi pengganas.

Dr. Ahmad yang kini menjadi Timbalan Speaker Knesset (Parlimen Israel) berkata demikian selepas pihak tentera rejim Israel mengumumkan identiti dua anggota Hamas yang dituduh terlibat dengan kes penculikan tiga remaja Israel.

Dr. Ahmad dalam wawancara dengan sebuah majalah pada Jumaat, turut menyelar Benjamin Netanyahu sebagai seorang yang ‘sombong’ kerana Perdana Menteri rejim Israel itu telah menggesa Mahmud Abbas membubarkan kerajaan perpaduan Palestin.

Beliau sebaliknya berkata, tindakan Hamas menculik remaja Palestin merupakan tindakan dan pilihan terakhir kepada orang-orang Arab Palestin yang kecewa dengan kehidupan mereka.

zoabi_haninSebelum Dr Ahmad, seorang anggota palimen Israel turut membuat kenyataan yang sama.

Hanen Zaobi, seorang Arab yang menjadi rakyat Israel merupakan wanita berketurunan Arab yang pertama dipilih menjadi ahli Knesset.

Pada minggu lepas, Hanen berkata Hamas dipertanggungjawabkan kerana penculikan “bukan pengganas” dan mengucapkan kata yang serupa sebagaimana Dr.Ahmad.

Kedua-dua kini menghadapi tindakan undang-undang yang diambil oleh rejim Israel.

Ahmad telah dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai Timbalan Speaker, manakala Hanen dituduh melanggar undang-undang dengan kenyataannya dan menghadapi implikasi diharamkan sebagai seorang ahli Knesset kerana menghasut terhadap Israel.

Zoabi kekal ingkar, bagaimanapun, mendakwa beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang malah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen.

“saya tidak melanggar mana-mana undang-undang sebaliknya saya meninggalkan (melaksanakan) tanggungjawab moral, manusia dan politik saya, ‘obligasi’ yang mana saya telah dihantar ke Knesset, Untuk melawan penindasan, dan keadilan.”tegas Hanen