Amaran Keras Hamas Kepada Israel

839

Pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh telah memberi amaran kepada rejim Israel, bahawa ‘negara haram itu’ akan membayar ‘harga yang tinggi’ jika sekiranya ingin meneruskan hasaratnya mengepung wilayah kecil itu, untuk cuba menghentikan serangan roket.

Bercakap pada hari Ahad dihadapan puluhan ribu rakyat Gaza, Ismail Haniyeh menegaskan, pejuang Gaza kini mempunyai lebih keupayaan daripada pada masa lalu.

Ismail Haniyeh“Kami memberitahu musuh dan [Menteri Luar Israel] Lieberman yang mengancam untuk menakluk Gaza bahawa masa untuk ancaman itu tamat,”

“Apa-apa pencerobohan atau jenayah atau kebodohan (yang) anda (cuba) lakukan akan dikenakan bayaran harga yang sangat tinggi.”kata Ismail Haniyeh ketika berucap pada perhimpunan mengenang 10 tahun pembunuhan pemimpin Hamas, Syeikh Ahmad Yassin di Gaza City.

Pada 12 Mac, selama dua hari berturut-turut pejuang dari Gaza telah melepaskan sekurang-kurangnya 60 roket ke Israel.

Ekoran kejadian itu, Israel bertindak balas dengan berpuluh-puluh serangan udara, dan Lieberman berkata, Israel tidak mempunyai pilihan tetapi akan menakluk Gaza.

Pada musim panas 2005, Hamas telah membebaskan Gaza dari cengkaman Israel dan rejim sejak itu berterusan mengepung Gaza berterusan apabila Hamas menang dalam pilihan raya pada tahun 2006.

Ismail juga dengan lantang berkata, Hamas menentang sebarang rundingan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin kerana gerakan tersebut tidak mengiktirag kewujudan Israel.

“Berhenti berunding dengan musuh, Kami tidak akan mengiktiraf Israel.”ujarnya Ismail.

Seorang pemimpin Hamas yang lain, Mushir al-Masri, memberitahu orang ramai bahawa, kumpulan itu menentang rundingan damai dengan Israel dan sentiasa bersedia untuk berperang.

“Jari kami adalah pada picu (senjata) untuk mempertahankan rakyat kita,” kata al-Masri.

Perhimpunan memperingati pemergian Sheikh Ahmad Yassin berlangsung di bawah pemerhatian beratus-ratus anggota polis Hamas, yang menutup jalan-jalan utama di bandaraya Gaza dan mengambil kedudukan ‘berkawal’ di atas bumbung-bumbung bangunan – al-Jazeera.