Hamas Alu-alukan Siasatan Majlis Hak Asasi PBB

719

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/israellaknatullah.jpgHamas mengalu-alukan keputusan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melantik pasukan penyiasat kemungkinan berlaku perlanggaran hak asasi manusia dalam peristiwa serangan komando Israel ke atas armada Freedom Flotilla pada 31 Mei lalu.

” Israel mesti diwajibkan untuk menghormati keputusan penyiasatan, dan tidak dibenarkan untuk lepas dari hukuman , ” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri .

Menurut Abu Zuhri Abu Zuhri, pihaknya perlu jaminan untuk memaksa Israel menghormati keputusan penyiasatan itu.

“Pembentukan ‘Jawatankuasa Goldstone’ untuk menyiasat sebarang salah tindakan semasa ‘Operasi Cast lead’  adalah suatu keputusan yang baik, tetapi komuniti antarabangsa membenarkan Israel untuk berdolak dalik dari sebarang perundangan dan didakwa dimahkamah, “katanya .

Manakala musuh politik Hamas, Fatah turut menyambut baik keputusan tersebut dan kumpulan tersebut menyatakan, sudah tiba masnya untuk menghukum jenayah perang yang dilakukan Israel dan menghalang Israel dari merasakan dirinya mengatasi undang-undang.

Israel telah secara konsisten menolak suatu penyiasatan bebas terhadap serangan ke atas kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara. Pihak regim itu telah mengadakan satu penyiasatan dalam terhadap peristiwa berdarah 31 Mei itu

Dalam serangan tersebut, tindakan para komando Israel telah membunuh 9 aktivis dari Turki yang mengakibatkan ketegangan hubungan diplomatik Israel-Turki.

Turki memberi kata dua, tidak akan memulihkan hubungan kecuali Israel memohon maaf dan membayar gantirugi kepada mereka yang mengalami kecederaan dan keluarga yang terbunuh dalam kejadian tersebut – PalestineNote