Halangan Berpuasa Tingkatkan Amalan Muslim Uighur

934

Tindakan pihak berkuasa China menghalang umat Islam Uighur berpuasa di bulan Ramadan disifatkan oleh kumpulan hak asasi sebagai satu percubaan tahunan pemerintah memadamkan secara sistematik identiti Islam di rantau itu.

Pihak berkuasa China telah mewajarkan larangan berpuasa dengan mengatakan, ia bertujuan untuk melindungi kesihatan dan memastikan kerajaan tidak menyokong mana-mana kepercayaan tertentu.

Namun di Kashgar dalam wilayah Xinjiang (Turkestan Timur), bandar di barat negara China, bersempadan dengan Tajikstan dan Kyrgyztan, umat Islam Uighur mengatakan sekatan telah memakan diri sendiri.

Menurut laporan Al Jazeera, ia bukan sahaja menjadikan penduduk tempatan lebih taat dan patuh melaksanakan amalan Islam, bahkan lebih ramai yang melanggar undang-undang dengan hadir ke masjid dan membaca al-Quran

muslim uighur1Xinjiang adalah wilayah terbesar mengandungi deposit sumber asli, minyak dan gas serta arang batu, kepada pemerintah China.
Majoriti penduduknya adalah terdiri dari orang Islam Uighur, sebuah kumpulan etnik Turki dengan bahasa dan budaya lebih dekat ke Asia Tengah.

Sebelum rantau ini telah diserap ke dalam Republik Rakyat China pada tahun 1949, hampir semua orang di sini adalah Uighur, tetapi jumlahnya telah menurun, sehingga tinggal separuh menjelang tahun 2000.

Dasar pemerintah China menggalakkan berpuluh-puluh juta kaum Han China, berhijrah dan menetap di wilayah tersebut, menyebabkan jumlah muslim berkurangan.

Dasar pembangunan China dipercepatkankan dalam tahun 1990an ditambah dengan undang-undang negara China menyekat amalan Islam, menyebabkan kebangkitan.

Pada tahun 1997, seramnai 30 orang anggota pemisah Uighur telah dihukum gantung oleh pihak berkuasa China, mencetuskan gelombang keganasan oleh militan yang telah mengakibatkan beratus-ratus orang mati, kebanyakannya orang awam.