Gempa susulan kembali melanda daerah Pidie Jaya, dekat sini sekitar pukul 11.34 Waktu Indenesia Barat dengan magnitud 3.9 pada ‘skala ritcher’, pada Semalam, Jumaat 9 Disember.
Menurut laporan Kompas, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMGK) Indonesia menyatakan, pusat gempa terjadi di barat laut daerah tersebut.
Kejadian kali kedua dalam seminggu ini itu telah mencetuskan suasana panikmembuat masyarakat panik dan berlarian ke luar rumah.
Seorang pegawai pemerintah Aceh, Muhammad AH berkata, kelam kabut seketika berlaku di Pejabat Daerah lama Desa Meureudu, di Mukim Meureudu.
“(Walaupun) gempanya kecil, namun kerana trauma, masyarakat berlarian ke luar rumah dan mencari tanah yang kosong (lapang),”ungkap Muhammad.
Sementara itu, Ketua BMKG Aceh Eridawati menyatakan, lebih 300 gempa susulan yang berlaku sejak kejadian gempa kuat magnitud 6.5, pada subuh 7 Disember lalu di daerah Pidie dan Pidie Jaya.
“Gempa susulan itu sering berlaku setelah gempa utama. Namun, pemantauan kami mendapati 300 gempa susulan, tetapi sekitar tujuh kali yang paling dirasai oleh para penduduk sejak kejadi gempa utama,”jelasnya.
Beliau menambah, kekuatan gempa susulan secara ‘relatif’ adalah semakin mengecil.
“Umumnya gempa itu dibawah magnitud 5.0……..bahkan yang baru terjadi (semalam) adalah bermagnitud 3.9,”katanya.
Oleh itu, beliau menyeru masyarakat tetap waspada namun jangan panik dan meminta orang ramai diminta menghindari bangunan jika terjadi gempa.
Seramai 102 orang menjadi korban, 136 parah, dan 116 kuka ringan, pada kejadian gempa bumi yang berlaku tiga hari lalu, dengan kebanyakkan struktur banguna seluruh Aceh dilaporkan telah rosak teruk.
Kubah Masjid Samalanga dan masjid pusat Pidie, telah runtuh serta gangguan kuasa besar-besaran berlaku di seluruh Pidie dan Pidie Jaya apabila infrastruktur komunikasi turut terjejas.
Data awal menunjukkan 14 struktur runtuh semasa gempa bumi itu, yang termasuk sebuah pasar mini di Pidie.
Berita terkait;











