Agensi bantuan dari negara Turki telah bergegas menghantar bantuan kepada Palestines bernilai sejumlah $ 2.5 juta sementara Gaza terus dilanda serangan udara Israel.
Agensi Pengurusan Bencana Turki (AFAD) telah menghantar sebanyak $ 1.5 juta kepada Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Palestin, menurut satu kenyataan oleh Kementerian Luar Turki pada hari Sabtu.
Pejabat itu akan menggunakan wang itu untuk mememberikan bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa-mangsa serangan tidak berperikemanusiaan oleh Israel yang masuk hari ke enam.
Agensi Kerjasama Turki (tika) juga telah mula menyediakan perkhidmatan sokongan bernilai $ 1 juta, kata kenyataan itu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Turki turut mengirim pakej makanan kepada 500 keluarga di Gaza dan akan menghantar penghantaran lain untuk 1,500 orang lain.
Kerajaan Turki telah mengisytiharkan bantuan sebanyak $ 1 juta akan dihantar kepada angensi bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Palestin untuk digunakan bagi orang-orang di Gaza.
Seramai 160 rakyat Palestin telah dibunuh oleh pengeboman Israel di wilayah itu, menurut pekerja kesihatan Palestin.-worldbulletin





























