Sementara angka kematian di wilayah Gaza kini melebihi 2,000 orang pada kiraan Kementerian Kesihatan hari Isnin, Israel dan pemimpin Palestin telah bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata Gaza selama 24 jam lagi.
Para pegawai kedua-dua pihak telah berkata, persetujuan gencatan telah dicapai semalam bagi meneruskan perbincangan isu-isu utama yang masih menghalang untuk bersepakat dalam perjanjian jangka panjang.
Perang panjang sebulan lamanya berakhir seminggu yang lalu telah menyaksikan seramai 541 kanak-kanak, 250 wanita dan 95 lelaki warga emas telah meninggal dunia.


Seorang pegawai Israel dan sumber keselamatan berkata di Jerusalem bahawa “atas permintaan Mesir gencatan senjata itu hendaklah dilanjutkan 24 jam untuk membolehkan rundingan lanjut”.
Di Gaza seorang pegawai kanan Palestin berkata perjanjian telah dicapai pada semua perkara tetapi dua titik digubal oleh Mesir untuk perjanjian yang lebih luas, termasuk membuka lintasan (sempadan) Gaza untuk membenarkan aliran bebas barangan, dan melanjutkan had maritim di Laut Mediterranean.
Isu yang masih tidak dipersetujui termasuk tuntutan Hamas untuk membuka pelabuhan dan lapangan terbang, yang mana Israel telah berkata ia hanya akan membincangkan perkara itu pada peringkat kemudiannya.
Di samping itu, perbincangan juga dibuat bagi membebaskan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel dan Hamas menyerahkan mayat dua askar Israel yang terbunuh dalam peperangan, kata seorang pegawai Palestin.
Menurut kementerian Kesihatan Gaza, dalam satu kenyataan semalam, sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 lagi cedera.
Angka kematian itu melonjak daripada 1,980 selepas sejumlah orang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka ketika mendapat rawatan di beberapa hospital seluruh Gaza, termasuk Kaherah dan Baitulmuqaddis.





























