Tentera Udara rejim Israel melancarkan 15 serangan bermula malam tadi dan berterusan awal pagi ini terhadap Jalur Gaza, hanya beberapa jam selepas kerajaan Palestin dipimpim oleh Mahmud Abas menghebahkan tujuh syarat untuk meneruskan rundingan damai.
Serangan udara pertama kelmarin, menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak dan seorang dewasa.
Sumber dari Hamas melaporkan, serangan yang telah tersasar mencederakan seorang tukang besi dan sebuah kilang mesin basuh di kem pelarian Jabaliya.
Rejim Israel, sebagaimana biasa mengeluarkan kenyataan bahawa serangan udara tersebut dilancarkan oleh Tel Aviv, mensasarkan zon kemudahan ‘pengganas’.
“kemudahan pengganas diserang selepas empat roket yang dilancarkan dari Semenanjung melanda zon awam tanpa menyebabkan kecederaan,” kata jurucakap tentera Israel dilapor media bebas.
Sumber Palestin dilaporkan mengeluarkan tujuh syarat bagi penyambungan semula rundingan, dan termasuk kenyataan di mana Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengiktiraf sempadan yang ditubuhkan sebelum bulan Jun 1967, dan Baitil-Maqdis sebagai ibu negara Palestin.
Syarat lain adalah, membebaskan tahanan Palestin, termasuk Marwan Barghouthi , Ahmad Saadat dan Fuad Shweiki.
Selain itu pihak betkuasa Palestin (PA) menggesa Israel mengangkat sekatan di Gaza dan melaksanakan perjanjian bagi mewujudkan laluan bebas dan menghantar pulang mereka dibuang selepas tahun 2002.
Pembinaan penempatan haram Israel mestilah dihentikan dan pembukaan semula institusi Palestin yang telah ditutup rejim di Baitul Maqdis serta penyatuan semula keluarga 15,000 pelarian, juga menjadi syarat PA bagi meneruskan perundingan damai.
Rejim Israel juga ditjntut tidak menceroboh masuk ke wilayah PA dan kawalan separa atas kawasan yang dikenali sebagai C, aadalah tuntutan yang digariskan PA
Tujuh syarat tersebut telah diserahkan kepada delegasi Israel semasa mesyuarat pada malam Khamis di Baitul Maqdis, yang dihadiri oleh orang tengah Ametika Syarikat, Martin Yndik, menurut laporan.



























