Terengganu, Malaysia

Gabungan Tentera Arab Tamatkan Gencatan Senjata Yaman

arab coalition yemen

Gabungan tentera Arab yang diketuai oleh Arab Saudi telah mengumumkan berakhirnya perjanjian gencatan senjata dengan militant Houthi dan sekutu mereka di Yaman.

Satu kenyataan di Twitter dipetik agensi berita Saudi Press Agency melaporkan ‘Perikatan Menyokong Kesahtarafan’ telah menyatakan gencatan senjata ini akan berakhir pada jam 11:00 GMT pada hari Sabtu.

Gencatan senjata yang bermula pada 15 Disember tahun lalu bertepatan dengan rundingan damai yang ditaja oleh PBB di bandar Switzerland Geneva.

JhIzvSBWalaupun dalam gencatan senjata, kedua-dua pihak terus melibatkan ketenteraan, dengan gabungan Arab melancarkan serangan udara menyasarkan Houthis dan sekutu mereka, dan dipihak Houthi melancarkan peluru berpandu balistik ke wilayah Saudi.

“Gabungan itu telah dan masih berminat untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk mencari penyelesaian secara aman,” kata Gabungan tersebut di perik agensi yang sama.

Ia menambah, gencatan senjata itu tidak dapat dikekalkan kerana ‘militia Houthi dan tentera Abdullah Saleh berterusan mengingkari undang itu’.

Kenyataan akhbar Arab Saudi dibuat selepas gabungan itu mengumumkan bahawa pasukan pertahanan udara Arab telah memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Yaman ke arah kota Abha lewat hari Jumaat.

“Pelancar peluru berpandu telah dijumpai dan dimusnahkan di Yaman,”menurut kenyataan itu lagi.

houthi scudPada hari Khamis, tiga orang awam termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan peluru berpandu merentas sempadan dari Yaman di kawasan perumahan di rantau Jizan barat daya Arab Saudi.

Sebelas yang lain cedera, antaranya sembilan kanak-kanak, menurut pertahanan awam Arab Saudi.

Arab Saudi telah menggunakan peluru berpandu Patriot yang direka untuk menangani serangan dan baru-baru ini telah memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman pada hampir setiap hari.

Lebih daripada 80 orang, sebahagian besar daripada mereka tentera dan pengawal sempadan, telah terbunuh dalam serangan dan pertempuran merentas sempadan di selatan negara itu sejak operasi gabungan bermula di Yaman.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan