‘Free Syrian Army’ Pecat Ketua Tenteranya

1169

Salah satu pasukan yang menentang rejim Assad, Tentera Pembebasan Syria (Free Syria Army – FSA) telah memecat Ketua Tenteranya Brigadier General Selim Idriss (Gambar atas) kerana dianggap “tidak berkesan” dan kurang pengalaman untuk memimpin operasi ketenteraan di medan.

Dalam satu siaran video di internet pada hari Ahad, pakatan penentang Assad dan pemeerintahannya itu berkata, majlis ketenteraan telah memutuskan untuk menggantikan Idriss dengan Brigadier Jeneral Abdel al-Ilah al-Bachir.

FSAKolonel Qassem Saadeddine berkata keputusan itu diambil kerana “lumpuh dalam perintah-perintah tentera pada bulan-bulan yang lepas”.

Satu sumber dalaman pembangkang Syria berkata kepada agensi berita AFP, Idriss yang dilantik sebagai ketua perang pada Disember 2012, telah dikritik kerana kegagalan di medan perang.

Al Jazeera melaporkan dari Istanbul berkata, Majlis Agung Tentera menyatakan Idriss “tidak berkesan” dan “tidak mempunyai pengalaman tentera untuk menjalankan operasi di medan perang.”

Mereka juga berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan pasukan pemberontak lain berjuang di medan yang sama.

Logo_of_the_Islamic_Front_(Syria).svgBerikutan kegagalan rundingan di Geneva, Ketua Gabungan Nasional Syria telah kembali ke Syria dan berjanji kepada tentera pemberontak di Idlib bahawa mereka akan menerima lebih banyak sokongan dan bekalan senjata tidak lama lagi.

Penyusunan semula ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat di kalangan FSA, yang pernah menjadi kuasa pembangkang bersenjata terkuat dalam konflik Syria, tetapi kini semakin menjadi dipinggirkan oleh kumpulan saingan.

Ia telah dilemahkan oleh perpecahan dalaman dan dengan persaingan daripada pakatan pemberontak lain seperti Barisan Mujahidin Islam (Islamic Front – Logo gambar kiri), satu pakatan yang kuat ditubuhkan tahun lepas yang kini merupakan kuasa pemberontak terbesar dengan puluhan ribu pejuang.

Pada bulan Disember, Amerika Syarikat dan Britain menggantung bantuan ‘bukan senjata’ kepada FSA, memberikan tamparan kepada kumpulan yang muncul dan terperangkap antara kuasa-kuasa rejim Assad yang terkehadapan dan Barisan Mujahidin Islam yang semakin bersatu.