Fokus Kukuhkan Kemenangan

208

KUALA TERENGGANU – Semua ahli diseru untuk fokus berfikir dan bertindak bagi mengukuhkah kemenangan PAS di peringkat parlimen dan negeri-negeri.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata apabila semua memberikan tumpuan untuk mengalahkan musuh, gerakerja akan menjadi kuat.

“Mesti di dalam diri semua orang PAS, di semua peringkat ada tertanam bahawa perpecahan dalam jemaah akan menguntungkan musuh, ” ujarnya yang juga merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan, DMPM.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang itu juga berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Program Daurah Ansorullah di Kuala Ibai semalam, 3 Februari.


Ahli Parlimen Temerloh itu turut menegur sikap sesetengah anggota PAS yang suka mendengar pendapat orang lain, berbanding pandangan pemimpin parti.

“Mereka ini lebih percaya kepada orang luar daripada ahli sendiri, maka berlaku lah jemaah dalam jemaah,” tegurnya lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT) To’ Puan Zarani Othman.