Eropah Cadang Laluan Laut Cyprus – Gaza Menangani Krisis

1400

Pegawai-pegawai Eropah telah berkata laluan untuk orang ramai dan barangan antara Semenanjung Gaza dan Pelabuhan Larnaca, Cyprus, dicadangkan sebagai penyelesaian komprehensif dan kekal menangani krisis Gaza.

Ynetnews melaporkan, pegawai-pegawai Eropah memberitahu media Palestin bahawa laluan laut, jika diwujudkan, akan dipantau oleh pemerhati Eropah di kedua-dua hujung untuk mengelakkan sebarang pelanggaran keselamatan.

“Kami mahu mencari penyelesaian kepada masalah Gaza dengan mengaktifkan semula perjanjian 2005 di lintasan.

“termasuk laluan antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, “kata sumber yang mencatatkan bahawa Eropah telah berunding dengan Pihak Berkuasa Palestin, kerajaan Israel dan Mesir.

Oleh itu, kata sumber tersebut, Eropah masih menunggu maklum balas daripada pihak-pihak yang terlibat dengan perbincangan antara delegasi Israel dan Palestin di Mesir.

btselem_gaza_tunnel_04Perundingan masih diteruskan untuk membantu mengekalkan gencatan senjata selepas Gaza dihujani bom rejim Israel mengakibat hampir 2,000 rakyat Palestin di Gaza menjadi korban.

Semenanjung Gaza masih dikepung melalui darat dan laut oleh kedua-dua Israel dan Mesir.

Semasa pemerintahan Presiden Mohamad Morsi, Mesir membuka sementara lintasan Rafah selama satu tahun, tetapi ia telah ditutup kembali selepas rampasan kuasa tentera pada Julai 2013.

Sehingga al-Sisi berkuasa pada masa ini, bukan sahaja pintu Rafah dikunci terus, bahkan terowong yang menjadi nadi bekalan barangan dan makanan ke Gaza turut di musnahkan Mesir.

Sehubungan itu, sumber terbabit juga berkata, Jerman, Perancis dan United Kingdom menawarkan untuk menghantar delegasi Eropah ke Mesir bagi menjadi menjadi pemerhati Eropah memantau lintasan Rafah.

Namun Mesir berkata ia akan lebih suka pemerhati terdiri dari kalangan pengawal presiden kerajaan Hamas di Gaza dan Pihak Berkuasa Palestin.

972Terowong yang menjadi laluan bekalan kepada 1.8 juta penduduk Gaza bagaimanapun didakwa Israel sebagai laluan pejuang Hamas untuk menyeludup roket yang ditembak di wilayah mereka.

Sekatan dilaut pula hanya membenarkan nelayan Gaza menangkap ikan hanya sekadar 6 batu nautika.

Nelayan yang cuba melepasi halangan itu sering dibedil oleh Israel dan bot mereka ditenggelamkan oleh tentera laut Israel .

Percubaan dari luar untuk memecahkan sekatan Israel juga telah gagal apabila kapal Mavi Marmara ‘flotila’ bantuan antarabangsa diserbu oleh komando Israel di perairan antarabangsa pada tahun 2010.

Lapan warga Turki dan seorang lelaki muda kerakyatan AS serta-merta dibunuh apabila komando Israel melepaskan tembakan peluru hidup.