ANKARA – Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengishtiharkan kemenangan partinya, Parti AK dalam pilihan raya tempatan pada hari Ahad dan memberi amaran kepada musuhnya bahawa mereka akan “membayar harga” kerana merancang untuk menjatuhankannya.
“Mereka yang menyerang Turki mendapat kecewa, Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang berdoa untuk kemenangan kami di seluruh dunia,” kata Erdogan bercakap dari balkoni ibu pejabat parti itu di sini.
Erdogan, 60, sedang mengintai untuk bertanding jawatan presiden pada pilihanraya jawatan tersebut yang akan diadakan pertama kaliya secara langsung pada bulan Ogos depan.


Beliau bercakap dihadapan ribuan orang ramai yang bergembira, dengan suaranya masih serak dari minggu marathon berkempen untuk pilihan raya perbandaran yang dilihat sebagai referendum kepada 11 tahun pemerintahannya.
“Anda telah menyokong Perdana Menteri anda, saya mengucapkan terima kasih tak terhingga,” katanya terharu, sambil kadang-kadang suara terputus dan teggelam oleh teriakan “Turki adalah berbangga dengan anda”, “Berdiri tinggi, tidak tunduk” dan “Allah Maha besar”.
“Anda telah melindungi perjuangan kemerdekaan Turki baru,”ujar Erdogan, sambil kadang-kadang kedengaran beliau digelar “sultan” oleh beberapa ribu pengikutnya sambil bendera melambai-lambai.
Erdogan sekali lagi menegasskan akan megambil tindakan terhadap musuh yang telah mengisytiharkan perang terhadap, secara khusus menyebut nama seorang berpendidikan agama yang tekah menuduh beliau melakukan penyelewengan.
Beliau menuduh pengikut setia imam berusia 73 tahun, Fethullah Gulen berhubung kebocoran dalam talian dan pendedahan rundingan rashia ke atas Syria minggu lepas, yang maa rakaman audionya telah dimuat naik di YouTube.
“Kami akan masuk gua mereka dan … mereka akan membayar harga,” tegasnya. “Bagaimana anda boleh mengancam keselamatan negara di Syria? Syria kini dalam keadaan perang terhadap kami,” kata Erdogan lantang



























