Malaysia terus menghadapi beban besar akibat penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases, NCD) yang menyebabkan kematian dalam jumlah tinggi setiap tahun.
Statistik rasmi menunjukkan corak yang jelas: banyak kematian boleh dicegah melalui gaya hidup sihat dan intervensi kesihatan awam yang proaktif.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk tahun 2024, penyakit jantung iskemik merupakan punca kematian nombor satu, merangkumi 17,421 kes atau 13.0% daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan di negara ini.
Sementara itu, pneumonia berada di tangga kedua dengan 15,332 kematian (11.5%), diikuti oleh diabetes mellitus pada 6,929 kematian (5.2%).
Manakala, kematian akibat daripada kanser juga menunjukkan peningkatan: daripada 5,231 kes pada tahun 2001 kepada 19,180 kes pada 2024.
Penyakit-penyakit ini tidak hanya mempengaruhi warga emas, tetapi juga memberi impak kepada golongan usia produktif.
Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia pada 2024: 198,992, dengan 67.3% daripada jumlah itu disahkan secara perubatan.
1. Penyakit Jantung
Penyakit jantung iskemik terus berada di tangga teratas sebagai punca kematian utama. Ia berlaku ketika aliran darah dan oksigen ke otot jantung berkurang secara drastik atau terhenti.
Biasanya penyakit ini disebabkan oleh penyempitan atau penyumbatan arteri koroner akibat plak lemak (aterosklerosis).
Ini menyebabkan otot jantung kekurangan tenaga Dan memicu gejala seperti sesak nafas, lemas, bahkan serangan jantung atau gagal jantung.
Terdapat banyak kes penyakit jantung adalah berkaitan dengan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gaya hidup tidak sihat.
2. Pneumonia
Pneumonia menjadi sebab kematian utama kedua di Malaysia. Ia berlaku kerana jangkitan yang menyebabkan keradangan pada satu atau kedua-dua paru-paru, di mana be beg udara (alveoli) dipenuhi cecair atau nanah, menyukarkan pernafasan dan oksigen masuk ke aliran darah.
Ia boleh disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat dan gejalanya termasuk batuk berdahak, demam, menggigil, dan sesak nafas.
Penyakit ini boleh ringan hingga mengancam nyawa, terutama pada bayi, warga emas, dan orang yang mempunyai sistem imun lemah.
Risiko paling tinggi ialah warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah.
3. Diabetes Dan Komplikasi
Diabetes (kencing manis) tidak hanya menyebabkan kematian secara langsung tetapi juga mempercepatkan penyakit lain seperti serangan jantung, strok dan komplikasi buah pinggang.
Ia adalah penyakit metabolik kronik akibat gula darah tinggi, disebabkan badan tidak hasilkan insulin cukup atau tidak gunakannya dengan baik, menyebabkan gula tidak masuk sel untuk tenaga.
Diabetes terdapat terbahagi tiga;
Diabetes Jenis 1: Pankreas tak hasilkan insulin (autoimun).
Diabetes Jenis 2: Badan tak guna insulin dengan betul (resistensi insulin).
Diabetes Gestasional: Berlaku semasa hamil.
Pradiabetes: Gula darah tinggi, tapi belum diabetes.
Gejala biasa seperti kerap kencing, haus melampau, lapar, dan penglihatan kabur. Rawatan melibatkan gaya hidup sihat (diet, senaman, berat badan ideal), ubat, dan insulin, penting untuk elak komplikasi jantung, buah pinggang, mata, saraf.
4. Kanser
Kanser penyakit serius di mana sel badan mula tumbuh tidak terkawal, menyerang tisu, dan boleh merebak ke bahagian badan lain (metastasis).
Ia berlaku akibat perubahan DNA yang menyebabkan sel membahagi secara tidak normal.
Terdapat lebih 200 jenis kanser, seperti kanser paru-paru, payudara, dan kolorektal, dan ia adalah punca utama kematian di Malaysia, tetapi boleh dirawat jika dikesan awal melalui saringan.
Jumlah kematian akibat kanser terus meningkat.kematian akibat Neoplasms (kanser) telah meningkat sepanjang dekad lalu.
Pada tahun 2001, hanya 5,231 kematian akibat kanser dicatatkan, tetapi ia meningkat kepada 19,180 kematian pada tahun 2024
Kanser saluran pencernaan, paru-paru dan payudara merupakan antara jenis yang paling tinggi kesnya.






























