Empat Jeneral Rusia di Syria Didakwa Mati Dibunuh

1435

Lima belas pegawai tentera pro-rejim termasuk empat jeneral Rusia, telah dibunuh oleh pihak pejuang di barat laut Syria berhampiran sempadan dengan Turki.

Sumber-sumber pembangkang Syria berkata, pegawai-pegawai tentera terbunuh termasuk empat jeneral Rusia dan empat jeneral Syria yang telah bertemu lewat Selasa lepas di pergununungan ‘Turkmen’ yang terletak di wilayah Latakia utara Syria.

Mereka dilaporkan bertemu untuk untuk membincangkan perkembangan tentera baru-baru ini.

northwest syriaTambah sumber itu, salah seorang jeneral dibunuh, dikenali sebagai ‘Yuri’, menyelaras serangan rejim Bashar pergunungan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari yang sama, Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan kematian seorang pegawai Rusia di Syria tetapi tidak menyebut nama atau pangkat.

Menurut kenyataan itu, pegawai berkenaan berada di Syria untuk satu perundingan ketenteraan ke atas penggunaan senjata dan telah dibunuh pada 1 Februari semasa serangan dilakukan pejuang ke atas pos tentera yang dimiliki oleh rejim Syria.

Kawasan ‘Turkmen’ di barat laut Syria telah menjadi sasaran serangan oleh tentera rejim, disokong oleh kuasa udara Rusia, sejak November tahun lepas.

Serangan baru-baru ini di kawasan-kawasan telah telah menorbankan ribuan Turkmen, kumpulan etnik Turki tertumpu terutamanya di Syria dan Iraq, yang menyebabkan ramai berlindung di selatan Turki.