Duta Rusia ke Turki Andrey Karlov telah meninggal dunia selepas ditembak beberapa kali di pameran seni di ibu negara Turki Ankara pada petang Isnin.
Pengumuman itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova.
Menurut Anadolu Agency wartawan yang menyaksikan kejadian itu, Karlov telah menyampaikan ucapan pada majlis perasmian galeri seni apabila penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah beliau.
Duta itu telah cedera parah di tempat kejadian dan telah dibawa segera ke Hospital Guven selepas ditembak.


Penyerang itu telah ditahan dalam satu operasi yang berlangsung selama kira-kira 15 minit oleh pasukan khas polis di tempat kejadian, Galeri Seni Kontemporari di daerah Cankaya pusat Ankara.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu pemberita bahawa Presiden Vladimir Putin telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Kami telah maklumkan kepada Presiden Putin. Kami memeriksa maklumat,”kata Peskov.
Maria Zakharova juga berkata mereka telah berhubung dengan pihak berkuasa Turki.
Menteri-menteri Turki, Suleyman Soylu dan Fikri Isik telah dimaklumkan oleh pegawai di tempat kejadian.
Di Washington, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengutuk serangan itu tanpa mengira apa sumbernya.
“Ingatan dan doa kami bersama mangsa dan keluarga mereka,”kata jurucakap John Kirby dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian itu, premis pameran seni di Turki bertukar menjadi gelanggang maut, apabila lelaki bersenjata yang memakai sut dan tali leher, menjerit “jangan lupa Aleppo” dan “Allahu akbar” dan kemudia terus menembak Karlov.
Penyerang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Turki sebagai Mevlut berusia 22 tahun, dilaporkan adalah seorang pegawai polis rusuhan Turki yang tidak bertugas.
Beliau kemudiannya ditembak mati oleh polis Turki.




























