Dungun Kutip RM425 Ribu, Bantu Rakyat Palestin

187

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dungun berjaya mengumpul RM 424,600 hasil kutipan sumbangan ahli-ahli serta penyokong parti itu untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, Masjidil Aqsa dan Palestin.

Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berharap sumbangan tersebut akan diberi keberkatan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menjadi kekuatan untuk rakyat Palestin mempertahankan bumi anbiya itu.

“Mengambil sempena perjuangan jihad dari segi harta di bumi Gaza dan Palestin, saya mengucapkan terimakasih kepada Sekretariat ‘Aid for Palestin’ Peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang menggerakkan arahan yang dikeluarkan di semua peringkat organisasi PAS kawasan Dungun, ” katanya.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian di dalam ucapan ringkasnya sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Negeri Terengganu yang bersiaran langsung secara maya menerusi HarapTV pada 22 Mei.

Sebelum itu, Ustaz Wan Hassan mengingatkan, kepala segala urusan adalah Islam dan tiangnya solat, tunggaknya adalah perjuangan. Kemuliaan perjuangan jihad saudara-saudara kita di bumi Gaza dan Palestin.

“” Sesungguhnya ada tiga jenis jihad yang dilakukan, satu dengan diri sendiri seperti di Palestin dan juga yang berhampiran dengan Palestin, kedua jihad dengan harta dan yang ketiga jihad dengan hati, merasai keperitan, kezaliman Zionis Yahudi., keprihatinan kita baca Qunut Nazilah dan dengan doa” jelasnya.

Sementara itu, sebanyak RM122, 885 telah berjaya dipunggut di Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, hasil sumbangan pelbagai kelompok masyarakat yang bersimpati dan prihatin dengan kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata , punggutan yang dikumpulkan tidak sampai dua minggu itu mengambarkan mereka juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk bersama-sama rakyat Palestin melawan Yahudi Zionis Laknatullah.

” Terimakasih kepada penyumbang di DUN Rantau Abang yang terdiri daripada pelbagai kelompok bukan sahaja daripada PAS Cawangan-cawangan tetapi juga masyarakat awam yang terpanggil apabila melihat dari media – media sosial, kekejaman Yahudi Zionis Laknatullah iitu tiada berkesudahan, berpanjangan sekian lama.

“Sehingga bayi yang baru lahirpun, seawal kelahiranpun sudah mendengar bedilan dan tembakan peluru – peluru,” jelasnya.

Beliau yang ditemui selepas Sesi ziarah di Kampung Kuala Abang di sini pada 22 Mei.

Seterusnya Cikgu Alias turut memaklumkan bahawa sumbangan masih terus diterima daripada orangramai dan pihaknya akan terus mengumpulkan untuk fasa kedua dan seterusnya.

“Saya menyeru agar masyarakat ambil peluang untuk menyumbang kerana menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membela rakyat Palestin dan seterusnya membebaskan bumi Palestin kembali semula ke tangan orang-orang Islam,” katanya lagi.