Ketua Staf Angkatan Tentera Myanmar telah melawat negara haram Israel buat kali pertamanya pada minggu lepas, menandakan permulaan hubungan diantara pemimpin tentera negara Asia Tenggara itu dengan negara Yahudi sejak tahun 1955 lalu.
Akhbar Haaretz melaporkan, dalam lawatan rasmi yang tidak diumumkan itu, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing telah bertemu dengan Menteri Pertahanan Moshe Yaalon, Ketua Staf IDF Gadi Eizenkot dan Presiden Reuven Rivlin.
Diiringi dengan delegasi pegawai-pegawai kanan tentera, Hlaing melawat beberapa industri ketenteraan Israel dan pengkalan tentera, termasuk Israel Aerospace Industries, Elbit Systems, Elta, Pangkalan Tentera Udara Israel di Palmahim dan pangkalan tentera laut di Ashdod.
Di Ashdod, Hlaing menulis di Facebook, beliau dan delegasinya menaiki dan memriksa bot peronda Super Dvora 3, yang merupakan jenis kapal pengawal pantai berkelajuan yang sama dengan kapal yang ditempah oleh tentera Myanmar dari Israel.
Urusniaga tersebut tidak mempedulikan bahawa Myanmar sedang dalam sekatan antarabangsa yang dikenakan oleh kedua-dua Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) kerana pemerintahan keras junta tentera negara itu.
EU masih melaksanakan embargo perdagangan senjata keatas Myanmar, walaupun sesetengah negara mengendurkan sekatan itu apabila Myanmar kononya memilih kerajaan berdasar
Selain itu Myanmar dikenali di seluruh dunia sebagai negara ‘apartheid’ yang menafikan kewujudan umat Islam Rohingya dan meluluskan undang-undang membezakan kaum dan agama.
Presiden semasa Myanmar sebaliknya, berbangga dengan dasar perkauman anti-Islam dan berharap ia akan membantu beliau memenangi pemilihan semula.
Namun sekatan EU itu, tidak menghalang Israel menjual senjata kepada negara Myanmar selama beberapa dekad, termasuk peluru berpandu udara-ke-udara dan meriam155mm meriam.
Myanmar telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sejak 1955 dan dilaporkan merancang lawatan itu sebagai satu cara untuk membuka lembaran baru hubungan dua hala dan kerjasama keselamatan.
Israel juga baru-baru membuat usaha bersepadu untuk membangunkan hubungan dan kerjasama lebih awal dengan negara-negara Asia yang lain.



























