Doakan Misi KAMI Selamat

780

Oleh : NM

SEPANG – Kumpulan pertama misi santuni pelarian Rohingya di dua penempatan Kota Langsa dan satu Lhoksumawe, Aceh, Indonesia.

Kumpulan ini disertai oleh ngo KAMI, ILMAM, PAPISMA dan Ameerah dengan petugas mengikut profesion masing-masing. Kumpulan ini akan berlepas malam ini dari KLIA2 dan dijangka mendarat di Medan. Dari sini angota misi ini akan mengharungi tiga jam perjalanan darat ke lokasi pertama.

IMG_20150606_205938Jika tiada masalah perjalanan, misi ini akan tiba seawal pagi esok dan terus membuat tinjauan keadaan. Dua orang Doktor Perubatan akan memberi perkhidmatan rawatan kepada pelarian setelah semua urusan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.

Selaian doktor, rombongan ini turut membawa wartawan, jurugambar dan petugas pembantu perubatan. Misi pertama ini akan berada empat hari di kem-kem pelarian dan dijangka pulang ke Malaysia pada 10hb Jun sebelum pasukan misi kedua dihantar.

Menurut ketua misi Satuni Pelarian Rohingya ke Aceh, Sazali Mohd No0r, misi ini bertujuan melihat sendiri keadaan di sana.

“Selama ini kita hanya mendapat maklumat dari media luar, jadi kami fikir adalah lebih baik pihak kami memastikan laporan media luar betul atau sebaliknya.

” Kita juga membawa sedikit kewangan hasil dari sumbangan orang ramai dan NGO,”ujarnya

Menurutnya lagi penglibatan beberapa Ngo untuk misi kemanusiaan ini memberi pendedahan yang lebih luas dan kerjasama masyarakat serantau bagi membuktikan keprihatinan masyarat Malaysia terutamanya penderitaan umat Islam sejagat.