Tentera Israel menembak dan membunuh dua orang Palestin, salah seorang daripada mereka budak lelaki berusia 14 tahun dan mencederakan 415 yang lain dengan peluru hidup dan gas pemedih mata semasa demonstrasi sepanjang sempadan Gaza pada hari Jumaat.
Pegawai perubatan Gaza berkata lelaki itu, Yasser Abu Al-Naja dan Mohammad Al-Hamayda, 24, dibunuh dengan peluru hidup, sementara empat lelaki lain yang cedera dan berada dalam keadaan kritikal.
Tentera Israel berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka telah menggunakan ‘kaedah penyuraian rusuhan yang berkesan’.
Dalam sesetengah kes, apabila cara tidak membunuh terbukti tidak berkesan, peluru hidup telah digunakan ‘mengikut prosedur operasi standard’.
Kenyataan itu menyebut, beribu-ribu orang Palestin telah mengambil bahagian dalam rusuhan yang sangat ganas, melancarkan bom tangan dan batu kepopada tentera di pagar sempadan serta tayar yang membakar.
Menurut tentera Israel lagi, kematian lelaki yang dilaporkan itu akan disiasat dan tindakan undang-undang boleh diambil, jika sesuai.
Pegawai-pegawai Gaza mengatakan pasukan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 135 orang sejak protes mingguan bermula pada 30 Mac.
Pihak Palestin mengatakan protes itu adalah tunjuk rasa kemarahan terhadap Israel oleh para pelarian yang menuntut hak untuk kembali ke rumah keluarga dan tanah air mereka sejak melarikan diri kerana didorong oleh penubuhan Israel 70 tahun yang lalu.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra, budak lelaki Palestin berusia 14 tahun itu ditembak oleh tentera Israel di Khan Yunis, di Jalur Gaza selatan.
Mereka juga menuntut penamatan sekatan sedekad Israel di Semenanjung Gaza, yang telah memusnahkan ekonomi kawasan pesisir pantai dan kehilangan dua juta penghuni dan komoditi asasnya.




























