Delegasi Parlimen EU Dihalang Masuk Ke Gaza

1020

Satu delegasi dari Parlimen Eropah telah disekat oleh pihak berkuasa rejim Israel daripada memasuki Gaza pada Selasa, kata EU dalam satu kenyataan.

Delegasi itu menyatakan mereka tidak diberikan sebab dan alasan, mengapa Israel menghalang mereka untuk masuk ke wilayah terkepung itu.

Martina AndersonDelegasi tersebut mahu memasuki Gaza untuk menilai kerosakan yang telah berlaku disebabkan oleh operasi tentera Israel pada tahun 2014 dan juga melihat kemajuan usaha pembinaan semula yang dibiayai EU.

“Penafian sistematik oleh Israel untuk akses ke Gaza oleh delegasi Parlimen Eropah tidak boleh diterima,

“Ini menimbulkan persoalan: apakah kerajaan Israel berhasrat untuk menyembunyikan sesuatu dari kami? Dan kami tidak akan membiarkan rakyat Gaza begitu sahaja,” kata ketua delegasi tujuh anggota, Martina Anderson yang juga Ahli Parlimen Ireland.

Anderson berkata Parlimen Eropah tidak diberi akses kepada Gaza sejak 2011.

Sekurang-kurangnya 2,200 rakyat Palestin telah dibunuh oleh Operasi Perlindungan Edge pada Julai 2014, yang tentera Israel mendakwa ia dilancarkan untuk menghentikan serangan roket ke Israel dari Gaza.

Pada bulan Januari, Makarim Wibisono, pakar PBB ditugaskan untuk memantau hak asasi manusia di Tebing Barat yang dijajah telah meletakkan jawatan, dan mengadu bahawa beliau tidak pernah diberi akses untuk memasuki wilayah bergolak itu.