Terengganu, Malaysia

Dari Republik Czech Ke Bukit Besi; Beramal Tanpa Batasan!

20141231_115503

DUNGUN – Beliau lahir di bandar ini, 39 tahun yang lalu, membesar dan bersekolah serta mendapat pendidikan rendah di bandar yang pernah terkenal dengan aktiviti pengekspotan bijih besi itu.

wan yusman makan bersama unit amal kerjaKerana cemerlang dalam pelajarannya, Wan Yusman Bin Wan Razali telah terpilih melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau ditawar melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi mendalami bidang senibina.

Pada pertengahan pengajiannya, institusi yang memberi biasiswa pengajian kepada beliau telah menamatkan tajaan mereka.

Namun, ia tidak mematahakan semangat Wan Yusman untuk meneruskan hasratnya mencapai cita-citanya mendapatkan segulung ijazah.

Beliau bertekad, berbekalkan tiket kapal terbang dan sedikit wang saku, kembali ke United Kingdom, dan membuat kerja-kerja separuh masa, sambil menyambung pelajarannya.

wan yusman makan bersama unit amal kerja1Ditakdirkan Allah, setelah menamatkan pengajian beliau bekerja di England, bertemu dengan seorang gadis berasal dari Republik Czechoslovakia, dan kini menetap di negara tersebut.

Walaupun sedang bercuti dan pulang ke bandar al-Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, untuk menjenguk keluarganya, Wan Yusman muncul ‘sedikit ganjil’ dikalangan para petugas unit amal.

Meski pun telah bertahun-tahun di negeri orang, Wan Yusman tidak kekok melaksanakan tugas-tugas membantu mangsa banjir dan melakukan kerja-kerja amal.

Ketika ditemui bersama-sama rombongan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat ke Kampung Shukor baru-baru, beliau tidak kekok ‘menyingsing lengan’ bersama-sama anggota sukarelawan yang lain.

“balik kampung dengan isteri dan anak-anak…..anak ada tiga orang……… tengok orang tua (ayahanda) baru ni buat ‘surgery’ (pembedahan) saya bercuti dan berada di sini sampai bulan Mac,

wan yusman makan bersama unit amal“sekarang menetap di Czech, dulu di London,”ujar beliau memulakan bicara.

Katanya, beliau yang memiliki Ijazah Senibina dari University of West England, kini bekerja sebagai Pengarah Seni di ‘The Musketeer’, beristeri dan mempunyai tiga orang anak.

Bila ditanya, mengapa beliau tinggal dan bekerja di negara bekas komunis pakatan Warsaw itu, beliau berkata rezekinya telah ditetapkan di sana.

Sesetengah pihak menganggap, melaksanakan kerja-kerja sukarelawan sebagaimana yang dilakukakn oleh Unit Amal adalah membuang masa dan tidak membawa banyak faedah.

Apatah lagi, Unit Amal adalah dibawah parti politik yang sering ditohmah, walaupun di sisi yang lain, ia sering mendapat pujian kerana khidmat terbaik kepada masyarakat.

IMG-20150103-WA0020 (2)Meski pun begitu, Wan Yusman merasa amat gembira dapat bersama-sama dengan Unit Amal dan melaksanakan tugas membantu masyarakat, khususnya dalam memberikan pertolongan kepada orang-orang kampung di Hulu Dungun.

Beliau dengan jelas berkata, membantu sesama manusia adalah satu tanggungjawab, lebih-lebih lagi sesama Islam yang mengetahui bahawa manusia ini adalah milikNya.

“Membantu orang yang lebih perlukan bantuan (kita)…………..tenaga kita pun Allah bagi pinjam………,

“Semua ahli Unit Amal di sini saling bekerjasama sambil bergembira, seperti satu keluarga,”katanya sambil tersenyum.

Ditanya samada beliau mahu pulang dan menetap di negara ini, khususnya kembali ke kampung halamannya, beliau berkata, ia bergantung kepada ketentuan Allah.

Setakat ini, menurutnya, beliau belum memikirkan perkara tersebut, dan akan terus tinggal bersama keluarganya di Republik Czech!

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan