DAP Bakal Mengundang Kembali Masalah Kepada PH

981

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 26 Februari – Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengulangi masalah dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau berkata, sekiranya terbentuk kerajaan oleh Tun iaitu dengan penglibatan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) versi Anwar, ia hanya mengulangi masalah yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, hal ini kerana individu dalam kerajaan PH dahulu merupakan orang yang sama dalam DAP dan PKR versi Anwar.

Ujar beliau lagi, Rakyat telah bosan dengan kegagalan kerajaan PH kerana ia sebuah kerajaan yang gagal dan rapuh hubungannya dan serta saling berusaha menjatuhkan antara satu sama lain.

“Sekiranya terbentuk kerajaan oleh Tun (Mahathir), ia hanya mengulangi masalah yang berlaku dalam kerajaan PH sebelum ini kerana individu nya adalah sama, daripada DAP dan PKR versi Anwar.

“Rakyat telah bosan dengan kegagalan kerajaan PH yang telah jatuh. Ia kerajaan yang gagal dan rapuh hubungannya saling berusaha menjatuhkan antara satu sama lain,” kata beliau sewaktu memuat naik kenyataannya di media sosial milik beliau siang tadi.

Tegas beliau lagi, dalam suasana ketidak-tentuan seperti ini, seharusnya pembubaran parlimen dibuat ianya adalah pilihan terbaik untuk rakyat.

Menurut beliau, mandat dalam memilih kerajaan baru mesti dikembalikan kepada rakyat selepas melihat kerosakan dan kegagalan PH dan itulah yang dituntut oleh PAS dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta rakyat Malaysia di media sosial sekarang.

“Dalam ketidak-tentuan sebegini pilihan terbaik untuk rakyat ialah pembubaran parlimen. Mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru selepas melihat kerosakan dan kegagalan PH.

“Itulah yang dituntut oleh PAS dan UMNO sekarang. Dan itulah yang dituntut oleh rakyat Malaysia hari ini berdasarkan pungutan suara di media sosial,” ujar beliau.