Bill payment counter service center often become consumer issues when there are no facilities such as customer queue number and not enough seating while waiting for their turn to pay the bill.
This problem often occurs when the peak time where many consumers who want to pay the bill had to long queue to settle their bills.
There is a consumer complained to us that says there is a bill payment center in Miri that has two counters for customers to pay bills but is only one open when many users had to queue when they wanted to pay the bill.
There are senior citizens who had to stand for long in queue because the public service counter payments does not provide a queue number to facilitate the public to sit while waiting for their turn to call.
According to the complainant, this occurs at the counter bill payments of Sarawak Gas Distribution in the commercial area on the Boulevard in Miri. Although there is a time there are less customers to pay bills, but when the peak time many customers come to pay the bill this issue arise and inconvenient, especially in the elderly.
They complain why not provided a queue number at least with existence of a queue number, they can sit while waiting in the seats provided. If they sit while waiting for their turn without a queue number certainly those who come later will take their place if they are overlooked.
We sympathize with the elderly and people with disabilities that are forced to wait in long queues just to pay the gas bill and others.
We urge the management of the gas bill payment service or any counters that most often the customer pays the bill could provide a queue number and add seating for the convenience and comfort of the public that pay the bills in their respective premises.
To provide better service to customers, bill payment counters should be enhanced. Cooperation with the parties concerned to provide the best service and comfort to our customers is greatly appreciated.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief
VERSI BM
Kaunter pembayaran bil perlu dipertingkatkan
Pusat khidmat kaunter pembayaran bil sering menjadi isu pengguna apabila tiada kemudahan seperti nombor giliran pelangan dan juga tempat duduk yang tidak mencukupi ketika menunggu giliran membayar bil.
Perkara ini sering terjadi ketika waktu puncak dimana ramai pengguna yang ingin membayar bil terpaksa beratur panjang untuk melunaskan bil masing-masing.
Ada seorang pengguna mengadu kepada pihak kami yang mengatakan terdapat sebuah pusat pembayaran bil di bandaraya Miri yang mempunyai dua kaunter untuk pelanggan bayar bil tetapi hanya satu saja dibuka ketika ramai pengguna terpaksa beratur panjang ketika hendak bayar bil.
Ada warga emas yang terpaksa berdiri lama menunggu giliran sebab pihak tempat khidmat pembayaran kaunter tidak menyediakan nombor giliran untuk memudahkan orang ramai duduk sementara menanti giliran mereka dipanggil.
Menurut pengadu, perkara ini terjadi di kaunter pembayaran bil Sarawak Gas Distribution di dalam kawasan komersial di Boulevard di Miri . Walaupun ada waktunya kurang pelanggan membayar bil tetapi bila waktu puncak ramai pelanggan datang bayar bil masalah ini timbul dan menyusahkan khususnya kepada warga emas.
Mereka mengadu mengapa tidak disediakan nombor giliran sekurang-kurang dengan adanya nombor giliran, mereka dapat duduk sementara menunggu di tempat duduk yang disediakan.
Kalau mereka duduk sementara menunggu giliran mereka tanpa ada nombor giliran sudah pasti mereka yang datang lewat akan mengambil tempat mereka sekiranya mereka terlepas pandang.
Kita simpati dengan golongan warga emas dan juga mereka yang kurang upaya yang terpaksa berbaris panjang semata-mata untuk membayar bil gas dan lain-lain.
Kita mengesa pihak pengurusan pusat khidmat pembayaran bil gas atau mana-mana kaunter yang sering menjadi tumpuan pelanggan membayar bil dapat menyediakan nombor giliran serta menambahkan tempat duduk untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai yang membayar bill di permis masing-masing.
Untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kaunter pembayaran bil perlu dipertingkatkan.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk memberi perkhidmatan terbaik serta keselesaan kepada pelanggan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak