Terengganu, Malaysia

China Tingkat Tekanan Keatas Pemisah Muslim Uighur

China Xinjiang

Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang yang bergolak China telah menghukum sembilan orang mati atas dakwaan melakukan jenayah keganasan, yag dilapor sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap kumpulan pemisah Uighur.

Pengumuman sebuah portal berita negeri Xinjiang turut laporkan pada hari Khamis bahawa seramai 29 suspek lain telah dituduh menghasut perpecahan, berkait dengan kes pengeboman berani mati yang membunuh 39 orang pada bulan lalu, di Urumqi.

Seramai 81 orang dari Xinjiang wilayah Muslim Uighur, telah dijatuhkan hukuman kerana dituduh oleh pemerintah China terlibat dengan pelbagai jenayah yang dikaitkan dengan penglibatan dalam “organisasi pengganas”.

“Di antara mereka, sembilan orang telah dihukum mati, dan tiga orang telah diberi hukuman mati dengan diberikan tempoh dua tahun,” kata stesyen TV China CCTV, dengan beberapa yang lain telah di penjarakan atau menghadapi hukuman yang lebih ringan.

China telah melancarkan satu operasi “anti-keganasan” yang berlangsung selama setahun, dan beratus-ratus suspek telah pun ditahan.

Pada minggu lalu, 55 orang juga telah didapati bersalah kerana mempunyai ‘link’ (hubungan) keganasan di bandar Xinjiang daripada Yining, dan hukuman tersebut dijatuhkan dihadapan7,000 khalayak di sebuah stadium sukansumber al-Jazeera

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan