Keputusan rasmi untuk pilihan raya presiden Nigeria dari sekurang-kurangnya sembilan negeri pada hari Isnin telah menunjukkan calon pembangkang Muhammadu Buhari memenangi enam manakala penyandang Goodluck Jonathan hanya memenangi tiga.
Muhammadu Buhari (Gambar bawah), seorang Islam dan bekas pemerintah tentera yang bertanding atas tiket parti ‘All Progressive Congress’ (APC), menang di negeri kelahirannya Katsina, dengan 1,345,441 undi, manakala Jonathan meraih 98.937.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Nigeria turut mengisytiharkan Muhammadu Buhari pemenang di negeri barat daya Oyo, dengan 528,620 undi berbanding 303,376 untuk presiden sedia ada.
Manakala di negeri Osun, Muhammadu Buhari memenangi 347,220 undi berbanding Jonathan yang mendapat 237,319 undi dan di negeri Kwara, beliau memenangi 302,146 undi berbanding 132.602 untuk penyandang presiden itu.
Buhari memenangi 885,988 undi di negeri barat laut Jigawa dan hanya 143.904 undi untuk Jonathan.


Jonathan, sementara itu, memenangi 218,905 undi di negeri timur laut, Taraba mengenepikan Muhammadu Buhari, yang mendapat 168,646 suara.
Di negeri utara-tengah Nasarawa, penyandang memenangi 273,460 undi berbanding 236,838 untuk Buhari, pencabar utamanya.
Di negeri barat daya Ekiti, Jonathan memenangi 176,350 undi, berbanding 120,308 untuk Muhammadu Buhari.
Keputusan lain dijangka diketahui dalam masa terdekat.
Undang-undang Nigeria membolehkan pegawai pengundian untuk mengira dan mengumumkan keputusan undi di peringkat unit pengundian.
Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya adalah satu-satunya badan rasmi yang diiktiraf oleh undang-undang Nigeria untuk mengisytiharkan keputusan akhir.
Trend dalam kawasan yang berbeza setakat ini menunjukkan orang ramai mengundi berdasarkan garisan bangsa ataupun agama, kecuali di beberapa negeri di kawasan barat daya dan utara-pusat, menurut laporan agensi berita Anadolu.
Muhammadu Buhari menang secara besar-besaran di negeri-negeri barat dan timur laut, yang mempunyai majority penduduk Islam.
Jonathan bersaing dengan lawannya di selatan dan tenggara dan beberapa bahagian utara-tengah Nigeria, yang sebahagian besarnya didiami oleh orang Kristian dan suku kaum minoriti Nigeria.
Pemenang pemilihan presiden mesti mendapat undi sah lebih daripada 50 peratus daripada jumlah semua undi, serta wajib menang 25 peratus pada dua pertiga daripada 36 negeri di negara tersebut.
Jika tidak ada calon yang memenangi secara secara sah, kedua-dua calon akan bersaing untuk majoriti mudah pada undian lain.
Pihak yang tida berpuas hati mempunyai masa 30 hari dari tarikh keputusan akhir pilihan raya untuk mencabar dengan tindakan undang-undang.




























