Cadangan ‘Membelah Tanah’ Masjid Boengkok Menimbulkan Keresahan

1192

PHNOM PENH – Cadangan pihak tertentu mahu mengambil alih hampir separuh tanah Masjid Al-Serkal atau lebih dikenali sebagai Masjid Boengkok, meresahkan umat Islam Kemboja.

IMG_20160917_075701Menurut seorang penduduk tempatan, yang mahu dikenali sebagai Mohd Yunus, 25, kawasan lapang di sebelah kanan masjid itu akan dibina sebatang jalan untuk ‘akses’ ke projek kondo milik individu terbabit.

“dari pintu besar itu sehingga ke tepi pagar (kanan masjid) yang telah ditana dengan bendera merah itu……akan diambil dan dibina jalan,

“tujuannya ialah untuk masuk ke kawasan pembinaan yang dimaklumkan projek pembangunan milik individu tertentu,”ujarnya.

Beliau berkata, ia adalah tidak wajar ‘menggadaikan’ kawasan masjid yang penting itu kerana ia adalah merupakan satu warisan bersejarah kepada seluruh umat Islam.

Katanya, kawasan itu merupakan tanah wakaf yang telah diamanahkan oleh Norodom Sihanouk, Raja Kemboja yang memerintah dari tahun 1941 hingga 1955 dan sekali lagi dari 1993 hingga 2004.

masjid boengkok2“Sihanouk yang bukan Islam, beri tanah itu sebagai tanah wakaf untuk masjid………mengapa pula ‘orang Islam’ sendiri yang mahu menggadaikannya semata-mata untuk projek peribadi,

“ia tidak boleh diterima sama sekali,”tegasnya.

Sementara itu, seorang warga emas Haji Ibrahim Haji Ghani, 67, turut menentang cadangan ‘membelah kawasan’ masjid tersebut.

Beliau yang berasal dari Kampung Chumnik, wilayah Kampung Cham berkata, sedangkan jalan raya yang dibina oleh kerajaan sendiri, mengelak daripada dibina merentasi kawasan To’ Kong dan Wat Buddha.

“saya nampak kawasan rumah ibadat orang Buddha, tak diambil kawasannya untuk buat jalan raya, jalan terpaksa dibina mengelilingi (To’Kong atau Wat),“jadi mengapa kawasan masjid (Baoengkok) mahu dibelah untuk dibina jalan, saya tidak setuju!,”jelasnya.

Haji IbrahimBeliau yang ditemui di rumahnya menambah, walaupun pihak tersebut mendakwa, pembangunaj jalan itu adalah untuk masa depan Islam dan orang ramai, namun semua maklum, apa tujuan disebaliknya.

“buat rumah (kondo itu) untuk pernaiagaan……dia kena belah jalan buat apa-apa itu dia kata diluar untuk agama Islam,
“tapi didalam (hatinya) adalah untuk keuntungan (diri sendiri),”jelas beliau.

Haji Ibrahim kesal kerana pihak itu menggunakan guru-guru ugama yang menerima gaji dari dari kerajaan untuk menyokong usaha tersebut.

masjid boengkok3Namun katanya, ramai dikalangan mereka juga menentang tetapi terpaksa ‘ber
diam diri’ kerana mereka ditekan.

Sehubungan itu, seorang pengunjung masjid Boengkok yang berasal dari wilayah Kratie, Ustaz Mohd Khalid Ahmad, memohon agar perkara cadangan mengambil tanah masjid itu tidak diteruskan.

“orang ramai……orang Islam semuanya membantah, sudah masuk surat khabar…….jadi kita harap pemimpin umat Islam Kemboja ini agar tidak meneruskan perkara tersebut,”katanya