MARANG – Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan, bukan makam nabi Muhammad SAW yang harus dipindahkan, sebaliknya masjid Nabawi yang mesti dialihkan.
Beliau berkata, para sahabat telah memutuskan RasuluLlah SAW dimakamkan di tempat dimana baginda wafat.
“Jadi bila Nabi wafat iaitu meninggal dunia para sahabat tidak tahu nak tanam dimana nabi ini, lalu Abu Bakar As-Siddiq R.A (yang) pernah mendengar Nabi bersabda bahawa mana-mana Nabi (yang) wafat mesti ditanam ditempat dia habis umur,
“dimana ditempat dia habis umur disitu ditanam, tak boleh pindah mayat dia daripada tempat dia habis umur, oleh kerana itulah maka ditanamkan di situ tidak dibawa ke kubur Baqi’,”jelas Ustaz Hadi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan terakhir pada majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru Rusila, Marang pada Jumaat 5 September.
Dengan sebab itu, tegas beliau, sepatutnya bukan makam nabi yang dipindahkan, tetapi masjid Nabawi yang perlu di alihkan.
“kena beritahu kepada kerajaan Arab Saudi iaitu orang-orang dialah (Saudi) yang (kena) beritahu bahawa bukan alih makam Nabi tapi kena alih masjid tu, kena alih diluar daripada makam Nabi,”kata beliau.
Menurutnya, pada asalnya makan Nabi memang berada diluar masjid bukannya berada di dalam masjid.
Namun, apabila berlaku pembesaran masjid, menyebabkan makam baginda berada di dalam, dan ia, katanya, adalah kesilapan orang terkemudian.
Kerajaan Arab Saudi dilaporkan baru-baru ini merancang untuk mengalihkan makam Nabi Muhammad SAW ke kawasan kubur Baqi’.
Ustaz Abdul Hadi berpendapat, tindakan itu adalah kerana nabi pernah bersabda yang Allah melaknaknat orang-orang Yahudi kerana mereka menjadikan kubur- kubur nabi mereka sebagai masjid.
“Barangkali kerana sebab Hadis inilah mereka tak sedap bahawa kubur nabi duk lam masjid, itu kerana silap orang buat masjid, sepatutnya bukan alih kubur, tapi kena alih masjid, ini cara yang betul,”ujarnya lagi.
http://youtu.be/SxCBP1YX3tE?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q