Bubar DUN Perak; Wakil PAS Terengganu Gesa Seluruh Warga PAS Berbai’ah

969

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/kempenbubarDUNPerak.JPGDalam sesi khas pelancaran Kempen tersebut, Ustaz Nasharuddin berkata, PAS mendesak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan hak dikembalikan kepada rakyat.

“Kerakusan UMNO yang dengan sewenang-wenangnya merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak telah membangkitkan kemarahan rakyat. Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat telah terbukti pada pilihanraya Parlimen Bukit Gantang yang lalu,

“oleh itu kita menyeru supaya DUN Perak dibubarkan dengan segera”, tegasnya.(Gambar-Bekas Ketua Pemuda Terenganu Ustaz Azman Shapawi memakai ‘headband’ Bubar DUN Perak semasa pelancaran Kempen tersebut di Muktamar PAS Ke 55)

Sebelum itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad telah mengajak seluruh pimpinan dan ahli PAS berdiri teguh di belakang ahli dan pejuang PAS dan Pejuang Rakyat Perak agar berusaha untuk merampas kembali di negeri Perak dari tangan BN perampas kerajaan negeri Perak.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Besut yang baru dipilih, mewakili PAS Terengganu berucap dalam perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS.  

Beliau turut mengajak seluruh ahli PAS supaya sama-sama bertakbir sebagai tanda menyatakan bai’ah kepada pemimpin PAS yang baru dipilih dalam Muktamar kali ini.

Ekoran saranan beliau, semua perwakilan telah bertakbir demi menyatakan pendirian, berdiri teguh dan berjuang; ‘hidup serta mati’ bersama kepimpinan PAS.

Justeru itu, bersempena pelancaran Kempen Bubarkan DUN Perak, kan ikat kepada  (headband) berwarna hitam yang bertulis ‘Bubar DUN!!’ telah diedarkan kepada setiap perwakilan.

Sebaik Ustaz Nasharuddin selesai berucap, para pimpinan bergerak ke hadapan pentas untuk bersama-sama para perwakilan memakai headband tersebut sebagai tanda pelancaran kempen tersebut.