Bersabarlah Demi Penyatuan Umat

209

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Semua ahli dan penyokong Parti Islam Se-Malaysia dinasihatkan agar bersabar menghadapi perkembangan siasah semasa, demi memelihara penyatuan umat.

Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun dilihat seolah-olah terlalu berlembut, hakikatnya PAS sedang gigih berusaha keras memupuk perpaduan.

“jika gagal, Pakatan Harapan(PH) akan kembali berkuasa, kalau kita bertembung yang menang PH. Pengundi Cina setakat hari ini ‘solid’ PH.

“Kalau kita katakan kawasan 40 peratus (Cina) dan 60 peratus(Melayu), 40 peratus ‘solid’ (undi) dia(PH), 60 peratus bahagi tiga, PH sudah menang,

“Itu yang menjadi kerisauan kita, sebab itu, kita cuba nak urus, kita cuba uruskan baik-baik,” jelasnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Townhall’ Teguh Pertahan PRU15 DUN Rantau Abang, di sini pada 26 Mac.

Walau bagaimana pun katanya, sekiranya semua usaha tidak berjaya, PAS tidak kisah jika kalah, kerana sudah lama menjadi pembangkang.

“Kita bukan fikir masalah PAS, Umno atau Bersatu yang kita fikir masa depan umat melayu Islam,” tegasnya.

Justeru beliau menggesa agar seluruh jentera PAS memberi penumpuan kepada gerak kerja PRU15 dan tidak gusar dengan persepakatan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

“Tuan puan tumpukan mencula dan gerak kerja PRU15 tentang strategi parti serah kepada pimpinan Pusat memikirkan dan mengaturnya,” katanya